SINAR HARIAN
JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan semula seorang lelaki yang dipercayai
terlibat menyiarkan kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook 12 Okt lalu.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki
berusia 27 tahun itu ditahan semula bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sebelum ini, suspek ditahan pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.
"Perintah tahanan reman itu berakhir semalam dan kita menahan semula
suspek untuk membantu satu lagi kes di bawah Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 setelah gagal mendapatkan perintah lanjutan reman,"
katanya dalam sidang media
di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.
Sebelum ini, polis menahan suspek Jumaat lalu di Wangsa Maju, Kuala
Lumpur kerana dipercayai terlibat menyiarkan kenyataan menghina Sultan
Johor.
Mohd Mokhtar berkata, polis turut menyiasat penyiaran artikel berunsur
fitnah terhadap polis berhubung penahanan suspek yang disiarkan oleh
laman portal Malaysian Insider.
Beliau berkata, polis akan memanggil semua nama yang disebut dalam
artikel itu serta penulis dan editor lama portal itu bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,
katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan