Jumaat, 9 November 2012

PR akan serah bukti sebelum 19 November

Wartawan Sinar Harian

Nurul Izzah Anwar
NURUL IZZAH ANWAR
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan bukti dan kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan isu daftar pemilih yang tidak bersih sebelum 19 November ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, bukti perlu diserahkan sebelum sesi pertemuan di antara SPR dan Ahli Parlimen yang akan diadakan pada tarikh berkenaan.

“Kami berharap semua permasalahan yang dibentangkan oleh pembangkang sebelum ini akan dijawab terutama berhubung daftar pemilih.

“Ini kerana hasil daripada siasatan yang dijalankan, kami mendapati banyak daftar pemilih meragukan. Sebagai contoh, tiada alamat lengkap, tiada nombor rumah ataupun jalan dan pelbagai lagi,” katanya dalam sidang sedia di lobi Parlimen.Nurul Izzah berkata, SPR harus memberikan penjelasan lengkap berhubung perkara berkenaan.
 
Menurutnya, jumlah undi pos juga telah meningkat secara mendadak hampir 1,500 terutama membabitkan anggota polis.
 
“Selain daripada penambahan undi pos, wujud juga “Persoalannya sekarang adakah seseorang yang belum cukup 21 tahun boleh didaftar sebagai pengundi,” katanya.
 
Nurul Izzah berkata, beliau akan menyerah senarai penuh alamat dan nama pengundi yang terbabit dalam proses itu kepada SPR dalam tempoh terdekat ini.

Tiada ulasan: