Oleh : SHAIMON S JUAMDI Foto : ZAMAN ABM FAJEER |
CADANGAN….Juhari sedang ditemubual mengenai cadangan penerbitan surat khabar Buletin Sabahkini.Net.
EKORAN Portal Online Sabahkini.Net yang kini semakin
dekat di hati masyarakat pengamal media alam maya, ramai peminat setia
portal ini mencadangkan agar diterbitkan surat khabar (media cetak)
berbentuk Buletin, sama ada secara mingguan atau dwi-mingguan.
Salah seorang peminat setia Sabahkini.Net, Mohd
Juhari Kadir daripada Kampung Batu Putih Kinabatangan, mencadangkan
kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan agar menyampaikan
niatnya kepada C.E.O Sabahkini.Net yang beribu pejabat di Kuala Lumpur
menimbangkan cadangannya.
Kata
Juhari, memang tidak dinafikan Sabahkini.Net yang fleksibel dan tidak
berat sebelah semakin mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk
Sabah, bukan sahaja tertakluk kepada masyarakat Bumiputera, bahkan
merangkumi masyarakat Cina dan
India juga amat meminati Sabahkini.Net yang banyak menyiarkan
berita-berita sensasi dalam membongkar perkara-perkara songsang yang
tersembunyi.
Ditambah
lagi, kata Juhari, jika Sabahkini.Net menerbitkan surat khabar bercetak
untuk memberi ruang kepada segelintir masyarakat yang buta IT/ICT untuk
membaca berita-berita dan artikel-artikel yang amat bernilai berkenaan.
Jika
dua tahun lalu, kata Juhari, ramai di kalangan pemimpin dan ahli UMNO
paling benci kepada Sabahkini.Net sehingga beberapa wartawan
Sabahkini.Net sering menerima ancaman bunuh dan telah dicederakan kerana terus menyiarkan perkara-perkara songsang yang dilakukan oleh pemimpin mereka.
"Tetapi
kini telah jauh berubah, malahan ramai para pemimpin UMNO suka
aktiviti-aktiviti mereka disiarkan di Sabahkini.Net kerana bila tersiar,
dakwa mereka, Perdana Menteripun turut membacanya dan mengetahui segala
pergerakan di bahagian dan cawangan UMNO yang dijalankan,” jelas
Juhari.
Menurut
Juhari, beliau amat gemar mengikuti artikel daripada Sandakan yang
tidak berat sebelah, pro kerajaan, pro pembangkang dan kaedah beginilah
yang amat disukai rakyat untuk mendapat berita secara telus dan berterus
terang.
Katanya,
akhbar di Sabah wajar mengikut jejak langkah Sabahkini.net yang
mengamalkan 100 peratus Bill Of Guarantee (BoG) iaitu tidak menapis
internet sebagaimana dibuktikan sejak Sabahkini.net dilancarkan sekitar
2006.
Tegasnya,
rakyat mahukan artikel luhur dan wadah bebas tanpa kekangan dan tidak
disodor dengan berita yang memualkan kerana setelah merdeka 49 tahun,
rakyat Sabah sudah boleh menilai hati budi kerajaan; tanpa puja puji
melangit.
"Kami akan berbincang dengan beberapa orang tokoh masyarakat untuk meminta sedikit sumbangan bagi
menjayakan penerbitan buletin Sabahkini.net jika mendapat persetujuan
kelak," ujar Juhari yang menaruh harapan tinggi agar niatnya direstui
Sabahkini.net.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan