Sabtu, 10 November 2012

PKR anjur himpunan untuk kaum India tanpa kerakyatan

Lee Long Hui


PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibupejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya bulan depan, untuk mendesak kerajaan persekutuan menyelesaikan isu kaum India tanpa kerakyatan di negara ini.

NONENaib Presiden PKR, N Surendran mengumumkan perhimpunan itu akan diadakan pada jam 10 pagi 5 Disember di hadapan JPN dan dihadiri
pemimpin Pakatan Rakyat, kumpulan masyarakat sivil dan "ribuan" kaum India tanpa kerakyatan.

"Kita akan pergi ke JPN, dan kita akan mendesak mereka menyelesaikan serta-mesta semua kes yang sudah jelas. Kita perlukan jawapan yang jelas di situ juga.

"Kami akan pergi ke sana dengan khemah, kita akan pergi ke sana dengan makanan dan bekalan, dan kita tidak akan berganjak sehinggalah kerajaan persekutuan memberi penyelesaian kepada masalah ini," kata Surendran dalam satu sidang akhbar hari ini.

Peguam hak asasi manusia itu menekankan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan kerajaan masih mempunyai masa untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan perhimpunan itu adalah langkah terakhir masyarakat India untuk mengetengahkan masalah tersebut kepada pihak berkuasa

"Najib dan kerajaan tidak boleh menyalahkan kita jika kita membawa ribuan ke Putrajaya kerana kita telah dibiarkan tanpa pilihan," katanya, sambil menambah parti itu kini dalam proses menggerakkan orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan: