Rabu, 21 November 2012

Penyata Pendengaran Awam SELCAT Diedarkan Isnin




SHAH ALAM : Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Kim memaklumkan, lima laporan penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) telah dibentangkan di dalam sidang dewan kali ini.

Menurutnya, laporan tersebut berkenaan rumusan yang dibuat Jawatankuasa Selcat selepas semua pendengaran awam sepanjang tahun ini.

Beliau turut memaklumkan, laporan penuh dalam bentuk buku masih belum sempat dicetak dan hanya akan diedarkan pada Isnin hadapan.

“Untuk makluman, Jawatankuasa Selcat telah membentangkan lima penyata berkaitan pendengaran awam di dewan (DNS) (pada Isnin lalu),” katanya ketika sidang media.

Lima penyata tersebut adalah tentang Pembangunan Tanah Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2), dan siasatan ke atas Urusniaga Perlombongan Pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Selain itu, terdapat juga penyata mengenai pendengaran berkaitan perolehan penggunaan dan pulangan pinjaman RM 90.3 juta oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Agro Industry Sdn Bhd (PAISB) daripada Kementerian Kewangan, kejadian banjir Hulu Langat dan Klang Selatan, dan Laporan audit 2010 pengurusan kewangan Yayasan Selangor.

Tiada ulasan: