Biasalah,
benda baru seperti sistem online yang digunakan kalangan guru sekarang
ini seperti sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) akan ada
masalahnya. Persoalannya bagaimana dan berapa lama masalah seperti ini
akan berpanjangan? Masalah sistem PBS sekolah online
ini telah pun dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
untuk ditambahbaik selepas menerima banyak rungutan daripada kalangan
guru-guru.
Sistem PBS sekolah
online mula diperkenalkan bagi menambaikbaik sistem penilaian ke atas
pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini
penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorentasikan
peperiksaan. Sebenarnya, sistem PBS sekolah online dibangunkan bertujuan
untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014.
Antara Rungutan Masalah Sistem PBS Sekolah Online Ini?
Masalah kelewatan & data komputer sehingga menjadi bebanan kepada kalangan guru-guru Malaysia
Sistem PBS
yang dibangunkan untuk memudahkan kerja kalangan guru dilihat satu
bebanan apabila sistem yang disediakan tidak “mesra pengguna”. Sehingga
ada kalangan guru-guru yang menghantar email aduan kepada kami
menyatakan yang mereka kerapkali menghadapi masalah sepanjang
menggunapakai PBS online ini sehingga tidak mampu menyiapkan kerja-kerja pbs seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in
ke dalam sistem PBS online guru ini) apatah lagi melibatkan jumlah
pelajar yang ramai orang pelajar bagi setiap ratusan soalan yang ada.
Masalah
bukan terletak pada ratusan band pelajar ke dalam sistem. Tetapi,
bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya
ditambah dengan sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali
menghadapi internal error sedangkan kalangan guru ini tetap mengejar
masa untuk menyiapkan PBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah) berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan (LPM)
Sistem
PBS ini bagus pada dasarnya. Tetapi dilaksanakan dalam kerangka yang
kurang kemas sehingga menjadikan hasilnya carca merba. Minta dan mohon
diperbaiki segera.
P/S : Apabila
dibangunkan suatu sistem yang digunakan bilangan pengguna yang ramai dan
kerapkali digunakan untuk disiapkan dengan segera, prestasinya perlulah
setandingdengan tujuan sistem tersebut diwujudkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan