Sabtu, 17 November 2012

PAS yakin kerjasama dengan DAP – Abdul Hadi

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib pada muktamar ke-58 parti itu di Kota Bharu membuktikan PAS tidak ragu malah yakin terhadap kerjasamanya dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Arahan Abdul Hadi supaya semua ahli PAS mengundi semua calon bukan Islam yang mewakili DAP atau PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah bukti persefahaman PR menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan.

Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi itu menuntut tiga parti komponen dalam PR terus bekerjasama secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara.

Jika itulah keyakinan yang ditunjukkan setiap parti dalam PR, pakatan itu tidak mungkin menghadapi masalah untuk memerintah negara walaupun ia cuba diperlelekhkan oleh parti dalam Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Marang itu juga yakin peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan lancer daripada BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti jika rakyat memberikan amanahnya.

“Rakyat jangan takut melakukan perubahan kepada yang lebih baik dan jika PR gagal melaksanakan amanah itu rakyat menghukum kami pada pilihan raya umum berikutanya,” katanya.

Berdasarkan kejayaan empat negeri yang diperintah PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang terbukti memerintah dengan amanah dan tidak rasuah, tidak ada untuk rakyat ragu terhadap PR untuk memerintah negara dengan lebih cemerlang dan terbilang.

Mengenai hudud pula, Harun berkata, walaupun PAS dan DAP dikecam berikutan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, PAS, DAP dan PKR dalam PR sudah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan syariat Islam itu mengikut perlembagaan negara.

Menurutnya, pelaksanaan hokum Islam itu tidak menjadi masalah besar jika PR memenangi dengan majority dua pertiga di Parlimen nanti.

Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Terengganu berkata Karpal mempertikaikan hokum itu sebelum ini kerana dia belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

“PAS tidak ada masalah dengan DAP kerana kami selalu berdialog dan selalu bertukar-tukar fikiran mengenai undang-undang jenayah syariah itu,” katanya.

Pakatan Rakyat secara umumnya sudah bersetuju bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia. – Roketkini.com

Tiada ulasan: