Khamis, 1 November 2012

NFCorp: Pas cabar MB ambil tindakan

SYAMILAH ZULKIFLI

NFCorp
Dari kiri: Fazilah, Taufek, Anuar dan Nor Azman menunjukkan laporan audit dan keratan akhbar Sinar Harian pada sidang media, semalam.
 
SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Syarikat Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) berikutan masalah hutang membabitkan RM200,000.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, NFCorp tidak sepatutnya diberi tempoh atau peluang menyelesaikan tunggakan sewa pajakan tanah di Gemas kerana terbukti projek gagal.

“Menteri Besar sendiri menerusi kenyataannya dalam Sinar Harian semalam (kelmarin) setuju agar projek terbabit diberi peluang kepada syarikat lain untuk teruskan.

“Jadi, saya fikir, tidak wajar lagi NFCorp diberi peluang. Oleh sebab itu, Pas mencabar Menteri Besar mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan, sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang kontrak pajakan ditetapkan,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Anuar Azahari; Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad dan Ketua Muslimat Pas negeri, Fazilah Abu Samah. Mohd Taufek berkata, sekiranya tindakan tersebut tidak diambil, Kerajaan

Negeri di bawah Barisan Nasional (BN) jelas mengamalkan sikap double standard dalam kepimpinannya.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga diminta telus umumkan mekanisme pembayaran tunggakan tersebut agar ia jelas kepada umum.

"Kita mahu tahu secara jelas Kerajaan Negeri selesaikan hutang tersebut,” katanya.

Beliau turut mendesak Mohamad mendedahkan keseluruhan hutang di negeri ini membabitkan syarikat atau premis apabila laporan audit tahun lalu menyatakan secara jelas terdapat banyak tunggakan hutang dan paling tertinggi sehingga mencecah ke RM214,085.

Tiada ulasan: