Khamis, 22 November 2012

Minyak sawit ke Israel, demo di pejabat Felda esok

Harakahdaily,

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sekali lagi mengajak orang ramai menyertai penyerahan memorandum membantah penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Memorandum akan diserahkan ke Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak selepas Solat Jumaat esok. 

Menurut Pengerusi Anak Lembah Klang, Nasaie Ismail, penyerahan memorandum akan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

"Penyerahan akan diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman dan diiringi Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu, Ketua Pemuda, Nasruddin Hasan serta beberapa pemimpin  dan lain-lain," kata beliau kepada Harakahdaily.

Justeru, orang ramai diminta menunaikan Solat Jumaat di Masjid UTM Jalan Semarak sebelum berarak ke Pejabat Felda.

Ahad lalu, Mazlan sewaktu berucap di Muktamar Tahunan PAS di Putik, kelantan mendedahkan dokumen berupa invois penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Beliau mensasarkan 5,000 orang menyertai penyerahan memorandum esok.