Ahad, 4 November 2012

MB Perak: Taktik pembangkang cabar populariti PM

Wartawan Sinar Harian

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
 
KUALA KANGSAR – Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Pekan hanyalah taktik pembangkang untuk mencabar populariti Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu adalah isu lama yang selalu timbul setiap kali pilihan raya.

“Jika mereka hendak bertanding, bertandinglah. Kita tengok siapa lebih popular,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak 2012, di sini semalam.

Beliau turut mengulas saranan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang minta calon DAP hanya tanding satu kerusi.

Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), ia adalah amalan biasa yang dilaksanakan melainkan mungkin satu atau dua tempat di Sabah dan Sarawak.

"Tidak pernah timbul masalah itu di Semenanjung Malaysia. Kita hanya ikut arahan parti. Jika diikutkan kebiasaan, memang seorang calon untuk satu kerusi, namun ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan.

"Nampaknya masalah ini sudah jadi huru hara dalam DAP, termasuk di Perak. Jika mahu tahu selebihnya, boleh tanya tiga beradik atau 3N (Nizar, Nga dan Ngeh). Bagi BN, kita tiada masalah kecuali pimpinan arahkan bertanding untuk Parlimen dan Dun," katanya.

Tiada ulasan: