Kuala
Lumpur: Memalukan!Itu ungkapan ringkas dan tepat yang boleh
disimpulkan selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K
Rajagobal sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh pada aksi persahabatan di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kegagalan menumpaskan pasukan
171 ranking dunia itu – yang juga eksperimen terakhir daripada
Rajagobal, sebelum empat hari menjelang sepak mula Piala Suzuki AFF
2012 bertemu Singapura, Ahad ini.
Rajagobal menurunkan kesebelasan terkuat pada firasatnya – Farizal Marlias, Bunyamin Umar, Aidil Zafuan Radzak, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Khyril Muhymeen Zambri, Safiq Rahim, Amar Rohidan, S Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali.
Namun,
persembahan babak pertama begitu membosankan dengan satu-satunya
percubaan tepat dihasilkan skuad negara ialah gol pertama menerusi
tandukan kemas Khyril Muhymeen yang menyambut sepakan sudut Safiq pada
minit ke-22.
Gambar: Pemain Malaysia, Norshahrul
Idlan Talaha (kiri) diasak oleh pertahanan Bangladesh, Md Mamun Miah
(kanan) pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa diantara Malaysia
menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Kedua-dua pasukan seri 1-1
Bangladesh
yang ternyata memang bukan lawan skuad negara hanya melakukan
percubaan tepat pertama pada minit ke-45 hasil rembatan jarak jauh bek
kiri, Waly Faisal yang bagaimanapun mudah diselamatkan Farizal.
Terdesak untuk mempamerkan persembahan lebih menghiburkan buat 2,000 penyokong yang hadir, Rajagobal melakukan empat pertukaran serentak sebaik babak kedua bermula, memasukkan Zaquan Adha Radzak, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Hazwan Bakri dan Shakir Shaari menggantikan Safee, Norshahrul, Kunanlan dan Safiq.
Terdesak untuk mempamerkan persembahan lebih menghiburkan buat 2,000 penyokong yang hadir, Rajagobal melakukan empat pertukaran serentak sebaik babak kedua bermula, memasukkan Zaquan Adha Radzak, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Hazwan Bakri dan Shakir Shaari menggantikan Safee, Norshahrul, Kunanlan dan Safiq.
Dua lagi pertukaran dibuat Rajagobal, memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan Irwan Fadzli Idrus menggantikan Zaquan Adha yang cedera pada minit ke-56 dan Zubir minit ke-73, namun aksi skuad negara terus buntu tanpa mampu menghasilkan percubaan berbahaya bagi menambah jaringan.
Bangladesh
kemudian terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-78 selepas Pranotosh
Kumer Das dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.
Namun
skrip sama seperti ketika seri 1-1 dengan Hong Kong berulang apabila
Bangladesh berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 menerusi
sepakan penalti Md Jahid Hasan Ameli selepas Irwan Fadzli menjatuhkan
Mithun Chowdhry.
Sebagai perbandingan, Thailand mudah membelasah Bangladesh 5-0 di Bangkok, Sabtu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan