Setiap
penduduk Orang Asli yang berumur 18 tahun ke atas akan ditawarkan saham
koperasi secara percuma apabila ladang gaharu yang melibatkan
peruntukan RM3 juta mula ditanam tidak lama lagi.
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata mereka secara automatik memiliki satu saham dalam koperasi Orang Asli yang akan ditubuhkan itu.
"Kita tidak mengenakan sebarang bayaran untuk memiliki saham koperasi kerana kita tahu mereka tidak mempunyai kewangan untuk berbuat demikian," katanya ketika berucap di majlis Penyampaian Bantuan Titik Sentuhan di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis semalam.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Mat Yusoff Ab Ghani dan Adun Galas Ab Aziz Yusof.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata tiga lokasi bakal ditanam dengan ladang kayu gaharu iaitu melibatkan kawasan berhampiran penempatan Orang Asli di pedalaman Hulu Kelantan.
"Sekarang kita masih menunggu kelulusan tanah daripada kerajaan negeri untuk memulakan projek ladang kayu gaharu itu dan kita harap tidak timbul masalah untuk mendapat kelulusannya," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan