Ahad, 25 November 2012

Keputusan saat akhir mungkin berpihak PR

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
Kuantan - Bukan sahaja pemimpin Umno, pakatan pembangkang turut bersetuju dengan dengan ramalan Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin mengenai jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) merosot pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Bagaimanapun Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yakin keputusan di saat akhir berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana banyak kerusi akan menjadi penentu.

“Akan berlaku pertarungan hebat dan kita yakin kerusi kelabu bakal beri sokongan padu tentukan kemenangan PR. BN guna pelbagai pendekatan termasuk media untuk kelirukan rakyat dan beri gambaran berat sebelah, tetapi kita yakin pengundi bijak menilai," katanya.

Kata Fuziah, beliau setuju dengan kajian dilakukan tetapi bagi kerusi kelabu diyakini  akan memihak kepada PR kerana jika menyokong BN, sudah tentu ia sudah jelas sekarang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pahang, Suhaimi Saad turut melahirkan pandangan sama dan yakin Pas serta PR mampu membentuk kerajaan menerusi PRU13.

Tiada ulasan: