Isnin, 19 November 2012

Keputusan permohonan Rafizi batalkan kes Bafia didengar hari ini

KEADILAN DAILY
 
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini akan memutuskan keputusan berhubung permohonan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli untuk membatalkan tuduhan ke atas beliau di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Permohonan menggugurkan tuduhan tersebut dibuat kerana bukti-bukti pertuduhan terhadapnya berniat jahat dan terpilih bertujuan menutup pendedahan butiran perbankan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ia difailkan peguam N Surendran di Mahkamah Tinggi Shah Alam, September lalu.
“InsyaAllah jika kes batal, maka tiada kes pada 3 Disember nanti,” katanya kepada Keadilan Daily.mahkamah pada kes sebelum ini.

Rafizi bersama Johari di perkarangan

Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh sebutan kes dakwaan terhadap Rafizi pada 3 Disember depan bagi memberi laluan pendengaran untuk membatalkan tuduhan tersebut hari ini.

Surendran berkata, tindakan undang-undang ke atas Rafizi adalah bertentangan dengan polisi awam.

Ini kerana tindakan beliau itu bagi mendedahkan penyalahgunaan wang rakyat.

“Macam mana kamu boleh dakwa orang yang mendedahkan perkara yang baik-baik?

“Keseluruhan prosiding jenayah yang dikenakan terhadap Rafizi adalah penyalahgunaan undang-undang demi kepentingan Umno dan ia tuduhan bermotif politik,” katanya.

Rafizi pada 1 Ogos lalu ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal NFC kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank.

Tiada ulasan: