Isnin, 19 November 2012

Kenduri: Chong Wei sisih bapa sendiri?

KL TODAY

 

Dalam negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai , 59 ,dilaporkan telah merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.

Menurut sumber bapa Chong Wei telah disisih daripada sambutan perkahwinan selama 3 hari bermula pada Jumaat di Kuala Lumpur Convention Centre.

“Saya seorang bapa yang sedih, saya akan menonton siaran langsung anak lelaki saya di NTV7 dari rumah” kata beliau.

Dipercayai hubungan Lee dan isterinya serta anak-anak bergolak apabila beliau didakwa cuba membunuh diri pada Jun lalu.

Meskipun bapanya telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung cubaan beliau membunuh diri dengan melompat daripada Jambatan Pulau Pinang sewaktu ditemui oleh polis pada 10 Jun.

Sumber terdekat keluarga Lee mendakwa hutang-piutang beliau yang bertimbun telah memusnahkan perhubungan keluarganya.

Dalam pada itu, Chong Wei yang tidak gemar membincangkan berhubung rahsia keluarganya, memberitahu Red Carpet bahawa,“Saya bukanlah seorang selebriti, saya seorang yang amat berahsia”

Chong Wei serta Mew Choo berkahwin dalam satu majlis minum teh Cina pada Jumaat dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan rapat.

Tiada ulasan: