Sabtu, 17 November 2012

Hanya Tinggal 930 Mangsa Banjir Di Selangor




SHAH ALAM  : Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Selangor setakat pukul 4 petang hari ini menurun kepada 930 orang berbanding semalam seramai 1,357 orang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), daripada jumlah itu, sebanyak 58 orang di Dewan Genting Sanyen, 26 orang di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang dan 760 orang Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat dan 86 orang di Dewan Bukit Tadom, Kuala Langat.

Empat pusat pemindahan masih dibuka di negeri itu dan tiada penutupan jalan atau korban banjir dilaporkan setakat ini.

Bagaimanapun, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat masih berada di paras bahaya dengan mencatatkan paras air melebihi paras bahaya pada 3.51 meter manakala Sungai Langat di Dengkil turut melepasi paras normal dengan bacaan 4.45 meter dan orang ramai yang berada di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.

Tiada ulasan: