Mereka berhimpun di hadapan kedutaan AS selepas solat Jumaat, diketuai oleh timbalan presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Hatta Mohamad Shaharom.
Dr Hatta kemudiannya menghantar memorandum dan diterima oleh wakil duta AS ke Malaysia, Paul W. Jones.
“Serangan Israel ke atas Gaza adalah tidak berperikemanusiaan. Serangan ini hanyalah bertujuan mahu terus berperang dan rakyat Palestin di Gaza menderita di tangan rejim Israel.
“Kami mahu Amerika untuk tidak berat sebelah dengan terus menyokong Israel dan menjadi lebih jujur untuk menyelesaikan konflik di Palestin,” menurut kenyataan bersama ketiga-tiga badan bukan kerajaan (NGO) dalam memorandum tersebut.
Mereka kemudian berdemonstrasi sambil melaungkan takbir dan dikawal oleh pihak polis di sekitar Jalan Tun Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan