Rabu, 21 November 2012

Azmin: Saya setia kepada Mentri Besar


SHAH ALAM — Timbalan Pengerusi PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini mengatakan beliau tidak berminat untuk merebut jawatan menteri besar (MB) Selangor serta menyatakan kesetiaannya kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya nak nyatakan … Biar letak dalam rekod… Hari ini 21 November saya menyatakan kesetiaan kepada menteri besar kita,” kata Azmin menjawab soalan ahli dewan undangan negeri (Adun) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal.

Subahan sebelum itu bertanya sama ada ADUN Bukit Antarabangsa itu (gambar) merasakan beliau boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai MB Selangor dengan lebih baik.

Tiada ulasan: