Timbalan
Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicadang bertanding
di kawasan Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin juga merupakan Timbalan
Presiden Umno.
”Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk
menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di
mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak
ke Putrajaya.
“Memandangkan
sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita,
kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor,” kata perwakilan dari
Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary yang disambut dengan laungan takbir para
perwakilan.
Ahmad
Marzuk ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas berkata, Pemuda
harus menyahut cabaran bertanding di mana-mana kerusi dan bukannya
hanya di negeri-negeri yang ada jaminan menang seperti di Kelantan.
Nik Abduh (gambar), anak Menteri Besar Kelantan, yang berada di pentas menganggukkan kepalanya mendengar cadangan itu.
Kerusi Parlimen Pagoh merupakan satu lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional di Johor, yang disandang Muhyiddin sejak 1978.
Kerusi Parlimen Pagoh merupakan satu lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional di Johor, yang disandang Muhyiddin sejak 1978.
Sebelum
ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengejutkan negara
apabila menyatakan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan
jika diputuskan demikian oleh parti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Ahli Parlimen Pekan sejak 1976.
Nik Abduh
sebelum ini disebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13
(PRU13) bersedia sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.
Nik Abduh,
yang dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya
mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik
khususnya untuk menentang Umno.
“Saya
sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20
tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun
untuk lawan Umno,” katanya.
Dalam
wawancara bersama Sinar Harian sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh
dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas
Pusat.
Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit.
Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit.
Antara
kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian
setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
disahkan berpindah ke Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan