SHAH ALAM : Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan 38 Dataran Belia di seluruh Selangor dengan 10 daripadanya siap sepenuhnya untuk digunakan bagi aktiviti riadah dan sukan.
Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pembinaan tersebut dirangka bagi kegunaan ramai terutama golongan belia dan muda dengan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan satu Dataran Belia.
“Syarat bagi tujuan itu adalah dataran harus berada di atas tanah milik kerajaan dengan keluasan minima 683 meter persegi bagi gelanggang seberguna serta 458 meter persegi bagi Dataran Belia.
“Kemudahan disediakan termasuk gelanggang serbaguna untuk futsal, bola jaring dan sepak takraw yang berpagar serta kemudahan tandas selain Dataran Belia yang dilengkapi pentas,” katanya menjawab pertanyaan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.
Beliau seterusnya menjelaskan selain jumlah dinyatakan, lima kawasan sedia ada sedang dibaik pulih bagi tujuan sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan