Khamis, 22 November 2012

2,020 ibu tunggal saman Kerajaan Selangor tuntut RM10.9 juta

NORAWAZNI YUSOF

SHAH ALAM - Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor hari ini memfailkan saman menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.

Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.

Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan.

Tiada ulasan: