Selasa, 24 April 2012

Umno Sabah Telah Serah Senarai Calon PRU13 Kepada PM

MALAYSIA CHRONICLE

KOTA KINABALU -- Umno Sabah telah menyerahkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata keputusan muktamad dalam menentukan calon yang berpotensi di setiap kawasan terletak pada Najib.

"Senarai calon sudah submitted...(soal calon) itu terpulang kepada budi bicara perdana menteri (Najib) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)," kata Musa kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Keutuhan Tadbir Urus kerajaan negeri Sabah di Wisma Innoprise, dekat sini Selasa.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah ditanya mengenai senarai calon parti itu susulan kenyataan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini bahawa parti komponen BN diberi masa dua minggu untuk menyerahkan senarai tersebut selepas menerima surat arahan yang mula dihantar 15 April.

Terdahulu, Musa berkata mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus telah menggariskan beberapa isu yang perlu diberi perhatian termasuk pendekatan pengukuhan integriti Tahun 2012, indeks persepsi rasuah (CPI) dan usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.-- BERNAMA

5 ulasan:

John Winchester berkata...

Party members who are highly united will be the key factor in determining victory for BN in the next general election

Tanpa Nama berkata...

Tidak lama lagi PM akan umumkan dan ini juga menandakan PRU akan menjelang tiba. harap2 sudah memilih calon yang benar2 layak.

Tanpa Nama berkata...

moga calon2 yang dipilih benar2 yang terbaik dan boleh menang.

Tanpa Nama berkata...

Berikan calon yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Mumbai berkata...

jangan pula ada yang tidak berpuas hati dengan senarai calon membawa kekecewaan mereka ke media.. yang tidak terpilih tu, akur saja la..