Jumaat, 27 April 2012

Tunku Aziz tetap sokong Bersih 3.0



Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz menegaskan bahawa beliau menyokong pendirian parti untuk pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

“DAP merupakan sebuah parti politik yang meraikan kepelbagaian pandangan. Selain pandangan peribadi saya, parti sendiri membenarkan  hak demokratik untuk berbeza pendapat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau dikeluarkan berikutan pandangan peribadi beliau yang tidak bersetuju terhadap lokasi perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Merujuk kepada isu yang diputarkan oleh media arus perdana kawalan kerajaan Barisan Nasional, Tunku Aziz berkata bahawa beliau telah pun berbincang dengan Setiausha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubuing pandangan peribadinya awal pagi tadi.

“Saya mendukung dan menyokong sepenuhnya pendirian DAP seperti yang dijelaskan oleh saudara Lim Guan Eng untuk menyokong tuntutan Bersih demi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil serta hak untuk berhimpun dengan aman,” ujarnya. – Roketkini.com

Tiada ulasan: