Isnin, 9 April 2012

Setiap Minggu Ada Sahaja Kumpulan Ahli UMNO Sertai PAS Di Kelantan

KELAN GREENBOC



M
akin ramai penyokong, ahli tinggalkan Umno


RANTAU PANJANG: Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap.

Dan malam tadi pula seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang.

Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang.

“Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan pimpinan peringkat bahagian tidak lagi menjenguk dan melawat kami di peringkat akar umbi.

“Ini menyebabkan kami susah hendak mengadu sesuatu masalah. Selain itu banyak masalah lain yang membelit Umno sekarang. Ini menyebabkan kami berpakat meninggalkan Umno beramai-ramai,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah dan penyerahan borang menyertai PAS.

Turut mengisytihar menyertai PAS, Umno Ketua Cawangan Umno Kampung Rengas, Zakaria Ismail, 45. Che Seman mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Ramli Awang.

Sementara itu dalam majlis berasingan malam Jumaat lalu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meraikan ahli-ahli dan penyokong Umno Kubang Kerian pada satu program di tapak pasar minggu Kampung Binjal.

Program yang bermula jam 3 petang itu ahli-ahli Umno terbabit diraikan dengan jamuan bakar ayam dan minum petang. Manakala pada sebelah malam pula diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat. -HD

Tinggal Umno fenomena baru di Kelantan

Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.

Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi.

Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR.

Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini.

Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.

Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.

Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.

Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3. Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.

Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira 300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.

Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'. "Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.

Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya fonomena ini ganjil dan pelik sedikit kerana selalunya dilaporkan media PB yang berbondong-bondong meninggalkan parti orang Pas ke Umno tetapi kali ini terbalik kod. Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno?
-mso


Ulasan GB

Itulah jawapan yang tepat untuk pemimpin UMNO Pusat yang kerap mengharapkan rakyat Kelantan "beralih angin".

Terbaru Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang kononnya sudah tiba masa rakyat Kelantan beri mandat kepada BN. Maka demikianlah jawapan rakyat kelantan. Tinggalkan UMNO dan sertai PAS.

Bak kata Mahathir, hanya yang bodoh-bodoh sertai UMNO, yang pandai-pandai sertai PAS.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Tiada ulasan: