Jumaat, 20 April 2012

Semua tertanya identiti menteri dan perempuan simpanan bernilai RM1.5 juta

  Maria Begum, Malaysia Chronicle

Ruang cyber negara kecoh seketika dalam spekulasi berkenaan menteri kabinet persekutuan yang didakwa membelanjakan RM1.5 juta untuk perempuan simpanan yang juga seorang aktres sejak 3 tahun lepas, menimbulkan persoalan bagaimana beliau mempu menjalani kehidupan mewah dengan gaji menteri.

Pemimpin PKR R.Sivarasa dan Zuraid Kamaruddin yang mendedahkan skandal itu Rabu lalu enggan mengulas lanjut sebarang maklumat mengenai identiti menteri itu , dan memberi beliau 7 hari untuk menjelaskan perkara ini sebelum mereka terus mendesak secara terbuka berkenaan tuntutan untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Walaupun demikian, ramai penganalisis politik menuding kepada Shafie Apdal, menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dari sabah, dan Zahida Rafik, aktres berumur 37 tahun yang terkenal dalam filem Anak Mami The Movie.

Kedua Shafie dan Zahida terdahulu telah menafikan khabar angin berkenaan hubungan mereka. Khabar2 ini sudah mula bertiup kencang lama dan carian di Google akan membawa kita kepada ribuan catatan.

Sementara itu,Shafie yang tidak dapat dihubungi, enggan memberi sebarang komen dengan pendedahan terbaru ini. Tiada menteri lain yang tampil menafikan atau mengesahkan dakwaan PKR ini.

Kaitan dengan shuaib lazim dari kumpulan Datuk T yang memalukan


Shafie, beragama Islam , ialah MP bagi Semporna dan Timbalan Presiden parti Umno pimpinan Najib Razak.

Shafie, 55 tahun, berkahwin dengan Shuryani bin Shuaib dan mempunyai 6 orang anak. Bapa mertua beliau,Shuaib Lazim ialah salah seorang dari trio Datuk T, yang menayangkan video DVD sex ketika kehangantan pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011 dimana mereka menuduh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim membayar seorang pelacur untuk khidmatnya.

Samada ini satu kes balasan semula, Shafie sekarang dalam kesulitan. Kerana khabar tentang beliau dan Zahida bukan baru, malah sudah lama kedengaran, kini skandal ini telah diperkatakan secara rasmi, sudah tentu akan melibatkan masa depan karier politiknya yang akan terjejas.

Pukulan hebat kepada aspirasi Shafie untuk menjadi KM Sabah


Shafie disifatkan sebagai salah seorang menteri kegemaran Najib dan bakal menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Musa yang kurang popular, dan abangnya Anifah, telah dituduh menggelapkan wang dan memperolehi kekayaan secara tidak wajar yang disimpan dalam akaun-akaun bank di Hongkong. Peguam Negara Gani Patail dituduh bersubahat melindungi kejahatan ini dan tidak mendakwa kedua mereka dengan tuduhan rasuah.

Dengan tertangkapnya Shafie dalam skandalnya ini, rakyat Sabah terpaksa memikirkan calon baru tapi menurut pemerhati lama, keputusan bukan ditangan mereka atau Shafie-samada bersalah atau tidak- masih boleh menjejaskan kedudukan kerusi pimpinan tertinggi di Sabah.

Tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun,bagi Shafie, ada 7 hari untuk nya memberikan penjelasan di pihaknya

Cari pemandu?


Pemerhati Umno menjangkakan menteri itu –siapa pun identitinya- akan memusnahkan kredibilit pemandu yang membuat lapuran polis, memberikan maklumat terperinci kepada dakwaan skandal dengan aktres itu.

Bagaimanapun, ia agak sukar kerana Zahida lah yang memulakn semuanya yang membawa kepada laporan polis pemandu tersebut (lihar artikel dibawah). Zahida mengadu kepada polis yang pemandu beliau hilang dengan wang RM200,000.

Marah dengan tuduhan Zahida, Noor Azman Azemi, 37 tahun ke balai polis dan mendedahkan semuanya.

“ Saya rasa peguam Umno sekarang sedang menasihati dan memberi panduan kepada menteri tersebut, siapa pun dia akan didedahkan oleh Zuraida dan Siva minggu depan. Umno mungkin cuba membuatkan pemandu itu menarik balik kenyataannya. Dan kemudian ia menjadi hanya satu spekulasi.

Sudah tentulah semua orang ada pendapat berkenaan samada ia benar atau tidak tapi ia akan membuka jalan kepada menteri tersebut mendapat mempertahankan karier politiknya dan dengan cara yang menenangkan ulama,” seorang pemerhati Umno memberitahu Malaysia Chronicle.

“Itulah jawaban yang Umno akan beri kepada ahlinya. Jika Najib boleh terlepas dengan skandal NFC dan Sharizat Jalil, apalah sangat kes hubungan sulit ini. Pemimpin2 besar dalam Umno sudah terkenal dengan sikap hipokrit mereka, mereka tidak akan berhenti atas dasar berkesedaran.Malah, mereka akan menyalahkan Pakatan Rakyat yang konon nya membawa berita-berita palsu ini.Malaysia Chronicle

11 ulasan:

Kris Jr berkata...

Buti yang kukuh boleh diadili di mahakamah tapi sekiranya tiada bukti yang kukuh hanya mainan politik

Tanpa Nama berkata...

mengapa perlu tunggu 7 hari? ternyata ianya adalah mainan politik semata-mata..

Tanpa Nama berkata...

selagi belum ada bukti kukuh dan dakwaan dibuat di mahkamah, ianya hanyalah mainan politik disebabkan oleh pru13 yang makin hampir.

thinaj berkata...

I can't imagine how sabah would be if Shafie is the cm.

thinaj berkata...

Shafie need to provide an explanation to this matter if he thinks he is innocent.

Tanpa Nama berkata...

Keburukan orang memang senang sangat dicari dan diheboh-hebohkan.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya Shafie memang tidak suka memberikan respon atau penjelasan berhubung isu2 yang muncul tentang beliau. Sebelum ini pun, pihak lain yang mewakili diri beliau untuk bersuara.

Tanpa Nama berkata...

Shafie dah beri penjelasan dan dia menafikan semua dakwaan tersebut.

hafinA A berkata...

Tidak ada bukti dapat menguatkan dakwaan ini. Yang kita tahu Datuk Shafie telah pun menafikan semua khabar angin yang dilemparkan kepada beliau. Semua ini cuma permainan dan kepentingan peribadi seseorang saja.

Sotong Kurita berkata...

yang peliknya, kenapa Zuraida perlukan satu minggu untuk dedahkan bukti? sedangkan segala bukti berada dengan beliau..

Sotong Kurita berkata...

macam2 pembohongan Zuraida buat.. kononnya peguam2 umno sedang menasihati menteri itu, dan pemimpin umno sedang memujuk pemandu itu supaya menarik balik kenyataan... bukankah ini semua juga pembohongan??