Rabu, 25 April 2012

Rakyat Sabah diajak turun ke Bersih 3.0

Harakahdaily,    


KOTA KINABALU: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di sini.

Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, ia merupakan himpunan lanjutan yang terpaksa diambil setelah pelbagai kaedah yang sama sebelum ini gagal diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri terutama melibatkan tanah rakyat. 

“Isu ini bukan pertama kali diketengahkan, bahkan kita juga sudah banyak menerima rungutan dan keluhan rakyat yang mengalami masalah tanah.

“Kita juga sudah membawa isu ini ke pengetahuan media dan perhatian Pejabat Ketua Menteri, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan dan perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan tidak dipedulikan malah menyulitkan lagi keadaan,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Sabah, dekat Kingfisher pagi tadi.

Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar dan bangkit dalam menuntut hak dan keadilan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya penindasan di kalangan rakyat.

“Sebagai rakyat, kita perlu sedar bahawa kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan. Seperti apa yang berlaku sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja mengelak untuk berjumpa dengan rakyat malahan melayan rakyat dengan cara yang tidak masuk akal.

“Tanah ini bukan untuk seminggu dua saja, tapi ianya digunapakai buat kepada generasi-generasi yang akan datang. Bila tanah kita ini dirampas dengan cara yang jahat, maka hak kita turut dinafikan oleh mereka.

Hisammuddin berkata, pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma terbaik dan bertindak secara adil untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

“Sudah menjadi kewajipan setiap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan cara yang bijak dan bukan dengan cara menindas golongan rakyat. Beberapa isu berkaitan perlu ditangani berkenaan seperti ketelusan dalam pemberian tanah, Tanah Hak Adat Sabah, pampasan dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau juga katanya akan memobilisasi rakyat bagi membangkitkan kesedaran untuk sama-sama turun dalam himpunan kelak yang juga turut dihadiri Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di Padang Merdeka atau dekat Restoran Sempelang Asia City,sebelah center point tu?

John Winchester berkata...

I don't want join.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun mayor Kota Kinabalu membenarkan perhimpunan ini diadakan tapi tidak bermakna tiada tindakan akan diambil sekiranya berlaku kekecohan.

Tanpa Nama berkata...

tak perlulah nak ikut2 serta perhimpunan tu. bikin sesak jalan ja.

Sanih Alias berkata...

Rakyat Sabah lebih matang berbanding dengan semenanjung. Perhimpunan sebegini tidak begitu menarik minat mereka.

Mumbai berkata...

""Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di sini.""

Bersih 2.0 ka atau Bersih 3.0??

Mumbai berkata...

tidak perlulah Tabah menghasut penduduk Sabah untuk mengadakan perhimpunan.. macam mana pula boleh dia cakap kononnya terpaksa menggunakan cara ini sedangkan pemimpin2 PAS sendiri tidak pernah membantu rakyat Sabah dengan membawa kes tuntutan tanah mereka ke mahkamah???

Mumbai berkata...

sebenarnya, PAS dan Pakatan sahaja yang terpaksa menggunakan cara ini untuk menumbangkan kerajaan memandangkan mereka tidak mampu memenangi pilihanraya dengan cara adil dan bersih..

DorianG berkata...

The government is committed to preserving a society that is civil, values democracy and respects law and order, said Science, Technology & Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

DorianG berkata...

The Kota Marudu MP said that democracy did not mean the society could disregard the law and let lawlessness rule.

DorianG berkata...

He said the government regretted the untoward incidences of violence and unruliness during the Bersih 3.0 gathering in the national capital, especially when the organisers had called the planned gathering a peaceful one.

DorianG berkata...

The government cannot compromise on peace and rule of law otherwise the government is just as guilty as those who decided to turn the gathering into an untoward incident by defying a court order.

DorianG berkata...

He reiterated the Prime Minister’s view that certain quarters had used the gathering to further their own agenda of toppling the democratically-elected government by inciting violence and forcing the illegal occupation of Dataran Merdeka.

DorianG berkata...

Everybody wants fair elections, the government wants it. So the government initiated the setting up of a parliamentary select committee (PSC) on electoral reform to undertake measures for reformation.

DorianG berkata...

But what is not want is people instigating the public to commit offences towards achieving their own political agenda under the guise of a good cause.

DorianG berkata...

Dr Maximus said PSC members had worked hard for six months to deliberate and gather public views before coming up with 22 recommendations to be undertaken by the relevant parties including the Election Commission.

DorianG berkata...

The PSC, he pointed out, also comprised three Opposition representatives – from DAP, PKR and Pas – who worked hand-in-hand with other Barisan Nasional PSC members to thrash out their concerns and thoughts and come up with the measures.

DorianG berkata...

So it smacks of political agenda when they decided to act like they did not agree with the PSC’s final report and demanded to table their own minority report.

DorianG berkata...

Furthermore, PKR, DAP and Pas proceeded to join the rally which is undermining the PSC’s effort and directly this means rejecting their own views and proposals

DorianG berkata...

Dr Maximus hoped Malaysians as well as Sabahans would think with rationality and cool heads instead of being influenced by the action of those who blatantly breached the court order, break down the barricades at Dataran Merdeka and created a ruckus.

DorianG berkata...

He also urged the police to take stern action against those who breached the law and committed contempt of court including the organisers.

DorianG berkata...

This incident has put a lot of questions about the intentions of the rally. Those responsible should not absolve themselves of responsibility and blame the police who were only doing their job.