Malam
tadi saya mencemar duli pergi ke Dataran Merdeka untuk melihat
anak-anak muda berkhemah membantah PTPTN. Masuk malam ini sudah tiga
malam mereka berkhemah, makan minum dan tidur di situ. Mereka akan
bermukim di situ sampai 28 April.Syabas diucapkan kepada anak-anak muda yang memberani membela diri dan kebenaran. Walaupun tindakan itu dianggap kebudak-budakan dan setengah aksi agak melampau tetapi ia memberi mesej tersendiri, bahawa mahasiswa bukan golongan yang boleh diperbodohkan.
Dari
sisi lain selamanya golongan mahasiswa merupakan golongan pendesak.
Status mereka di mata masyarakat sebagai golongan cerdik pandai dari
dulu hingga sekarang tidak pernah luput. Cuma sedikit saya ingin
katakan, apakah tindakan mereka itu memberi kesan positif kepada apa
yang mereka perjuangkan?Kalau ia tidak memberi apa-apa kesan dan tindakan itu tidak ubah seperti main jual-jual ia akan diketawakan oleh orang ramai? Apa-apa protes seumpama itu dimasa akan datang tidak akan dipedulikan.
Relatifnya
sambutan kepada protes itu tidak seberapa. Kalau jumlah atau angka
menjadi perbandingannya ia mengecewakan. Tidak sampai 100 orang
mahasiswa yang meneruskan protes dengan cara tidur, makan di situ.Mahasiswa sendiri nampaknya keliru dengan protes cara itu. Malam tadi yang ramai ialah mahasiswa keturunan Cina. Hanya beberapa orang sahaja Melayu dan satu dua India. Angka yang datang menonton dan meninjau malam tadi lebih ramai dari peserta.
Semasa
saya singgah di bucu dataran Merdeka kawasan yang ditakluki mereka,
turut berada di situ ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud,
Ahli Parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir dan Ahli Parlimen Tanah Merah
Amran Abdul Gahni. Ketua Penenerangan PKR Badrul Amin dan Ketua PKR
Cabang Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi Wan Daud juga hadir sama.Mereka datang memberi sokongan kepada mahasiswa dan turut menanda tangan menyatakan sokongan dan memberi kata-kata semangat di atas banting yang disediakan untuk pelawat.
Perkhemahan budak-budak itu aman dan tiada ganggun malam tadi. Di sebrang jalan kira-kira 100 meter tersandar track DBKL dengan beberapa orang petugas memantau dari jauh. Kebetulan malam tadi pemasangan lampur neon sebagai persiapan konsert Di Raja Sabtu ini menjadikan kawasan Dataran Merdeka bersinar banar dan berkilau-kilauan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan