Isnin, 16 April 2012

Perkembangan PAS Cukup Dahsyat Di Johor

Blog mtd-benut.blogspot.com

PONTIAN – ”Johor perkembangannya cukup dahsyat. Markas bercambah macam cendawan lepas hujan. Ini merupakan satu lagi kejayaan,” kata Ustaz Ramli Abu Bakar al-Hafiz, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian sewaktu merujuk kepada pembinaan Markas Baru PAS Cawangan Parit Tengah, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, kejayaan demi kejayaan telah diperlihatkan Allah kerana mendapat pertolongan dan bantuanNya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa kejayaan yang paling besar adalah terlepas dari azab api nerakaNya.

”Kejayaan di dunia bagi Allah cukup qolil (kecil). Dapat Ph d, pangkat dan harta benda.

”Namun perkembangan PAS sepertilah di Turki. 100 tahun dulu telah diperintah rejim sekular Atartuk. Azan dan baca quran kena berbahasa Turki. Pakai tudung, simpan janggut tidak boleh dan tidak dijumpai. Boleh masuk ISA.

”Bilamana bangkit ulamak yang belajar dari Timur Tengah. Mereka balik buka pusat pengajian hasilnya bangkit kesedaran boleh tumbangkan rejim sekular.

”Dalam pada itu, bunga-bunga kejayaan diperlihatkan Tuhan. Contoh, kemunculan Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam. 70,000 hadir terdiri anak muda. Dia ceramah melimpah ruah manusia.

”Hal ini telah bagi semangat supaya bekerja. Tidak boleh ambil mudah, ia kena bekerja. Dalam Islam kerja adalah sukarela. Tiada imbuhan yang diberikan,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: