Selasa, 10 April 2012

Percayalah kami, rayu KPN berikutan kes anak Nazri: Tidak! - siarkan klip CCTV dahulu

Sherina Yusof, Malaysia Chronicle


Adakah anda mempercayai polis yang menegaskan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tidak menyerang seorang pengawal keselamatan kondominium? Sudah tentu TIDAK, tegas pemimpin Pakatan Rakyat.

"Ia tidak masuk akal untuk KPN membuat satu kenyataan yang dramatik melainkan dia telah kehabisan alasan untuk membuat kita percaya padanya, ia adalah mudah - hanya siarkan video kepada orang awam. Tanpa ada ubah atau penyuntingan. Jangan hanya fikir ia adalah keistimewaan anda jika rakyat harus percaya pada anda dan bila mereka tiada sebab untuk berbuat demikian – namun, perkara yang sebaliknya adalah benar," kata Ahli PKR yang juga ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Effisyen dan professional?

Tian telah menjawab kenyataan yang agak bodoh dari Ketua Polis Polis Negara, Ismail Omar untuk mempercayai pihak berkuasa dan tidak buruk sangka terhadap polis.

"Sudah selama 10 tahun anda menyaksikan betapa cekap dan profesionalnya pihak berkuasa. Jangan prejudis pula terhadap pihak berkuasa," Ismail memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.

Anak Nazri, Mohamad Nedim, telah dituduh memukul seorang pengawal keselamatan manakala pengawal peribadinya menahan lelaki itu. Pengawal peribadi itu kemudian membuat laporan polis mengakui pergelutan telah berlaku di antara dirinya dan pengawal keselamatan kondo tetapi menafikan Nedim terlibat.

Walau bagaimanapun, ini bercanggah dengan kenyataan pengawal dan rakaman CCTV yang telah ketahuan pada orang ramai.

Namun begitu, ia tidak menghalang ketua polis Brickfields, Wan Abdul Bari dari melepaskan Nedim daripada kesalahan. Dalam keadaan tergesa-gesa Bari membersihkan Nedim dan sekaligus menaikkan kemarahan rakyat, terutama sekali apabila beberapa portal berita melaporkan bahawa rakaman itu jelas menunjukkan Nedim menyerang pengawal.

"Adalah jelas sekarang bahawa polis mungkin telah cuba untuk menutup kes yang melibatkan anak Menteri kanan Umno itu. Pihak polis sekarang mesti menjelaskan mengapa mereka telah mengeluarkan satu kenyataan yang melepaskan anak Menteri walaupun ada rakaman CCTV dikaitkan padanya," N Surendran, naib presiden PKR, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hujung minggu.

Siasat Bari atas penyalahgunaan kuasa

Surendran juga menuntut bahawa suatu siasatan mesti diadakan terhadap Wan Abdul Bari kerana penyalahgunaan kuasa dan kegagalan untuk menjalankan siasatan yang adil dan saksama.

"Kami menyeru Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa pasukan polis akan bertindak adil dan saksama dalam semua kes, termasuk yang melibatkan salah laku oleh pemimpin UMNO-BN atau ahli keluarga mereka," kata Surendran.

Ini bukanlah kali pertama bagi Nedim dibabitkan dalam kesalahan yang melibatkan undang-undang. Pada tahun 2004, dia telah dikaitkan dalam pembunuhan pelajar undang-undang Darren Kang yang berusia 23 tahun.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: