Hujan lebat tidak mematahkan semangat sekumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang berkumpul bagi menuntut kerajaan bertindak terhadap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kematian mendiang.
Kira-kira 20, diketuai adik mendiang Lee Lan, berkumpul di perhentian bas berhadapan dengan bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Sebaik hujan reda, mereka berarak ke pejabat suruhanjaya itu sejauh 300 meter sambil membawa plakad tertulis "Kita Tetap Ingat" dan "We Still Remember" di samping gambar Beng Hock.
Turut diusung bersama wajah A Kugan, Aminurrashid dan Ahmad Sarbaini yang turut dikaitkan dengan kematian kontroversi.
Menariknya, kali ini mereka memakai topeng, topi dan berpakaian hitam-putih sebagai simbolik kepada penjaga roh si mati dalam budaya kaum Cina.
Turut bersama-sama mengiringi kumpulan itu ibu anggota keluarga Beng Hock.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dilapor berkata Jabatan Peguam Negara mendapati tidak wujud kesalahan jenayah terhadap tiga pegawai SPRM yang dikaitkan dengan kematian Beng Hock sebelum ini.
Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Nazri berkata, setelah penelitian terperinci kesemua mereka didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.
Dalam sidang medianya, Lee Lan berkata perarakan hari ini untuk menuntut keadilan terhadap abangnya yang ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009.
Dengan nada sebak dan mengalir mata, Lee Lan mendesak polis meneruskan siasatan terhadap ketiga-tiga pegawai itu "dari sudut perbuatan jenayah".
Mereka juga turut menyalakan lilin sebagai mengingati mendiang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan