Selasa, 10 April 2012

PAS tubuh JK Anti Pemalsuan IC Hazayani Zakaria, 10 Apr 2012 KUALA LUMPUR, 10 April: PAS menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) bagi menan

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR:
PAS menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) bagi menangani isu pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi pada Pilihan raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan pengerusi API berkata, jawatankuasa itu akan menuntut Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kewujudan 'task force' pemberian kerakyatan kepada warga asing yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Hari Isnin ini ahli jawatankuasa akan bermesyuarat bagi mengatur pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menghantar memorandum menuntut Suruhanjaya Diraja," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, API juga akan menyaring maklumat peribadi warga asing yang diberikan mykad itu.

"Kita mempunyai sangat banyak maklumat warga asing ini oleh itu kita perlu menyaring maklumat-maklumat ini sebagai pembuktian wujudnya task force ini.

"Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat task force ini," katanya.

API turut dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat dan Adram Musa serta peguam Zul Hazmi Shariff serta beberapa peguam lain.

Tiada ulasan: