KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Pahlawan menuju ke Tanjung Aru di sini, kira-kira 7.45 pagi ini.
Azizah bersama dengan pengawal peribadinya, Sairun Hamid dan pemandu kenderaan , Yousriesyah telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Azizah dan Sairun dilaporkan tidak sedarkan diri, namun keadaan sebenar masih belum dikenal pasti.
Semasa melalui lampu isyarat itu, dikatakan kenderaan mereka hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan dan melanggar besi penghalang jalan. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan