Isnin, 2 April 2012

Dua pelajar ditahan disyaki cuba rogol gadis sekampung

KENINGAU: Dua pelajar di salah sebuah kampung di Apin-Apin ditahan polis kerana disyaki cuba merogol pelajar perempuan tingkatan empat yang sekampung dengan mereka.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zahari Mohamed berkata, kedua-kedua pelajar itu ditahan selepas pelajar perempuan itu membuat laporan polis pada Khamis lepas.

Katanya, pada kejadian jam 10.30 malam pada Rabu, mangsa, 16 tahun telah dicabul oleh kedua-dua suspek masing-masing berumur 17 dan 15 tahun.

“Kedua-dua saspek yang belajar di sekolah yang sama dengan mangsa dalam tingkatan empat dan lima itu telah menghalang ketika mangsa berjalan kaki bersendirian pulang ke rumahnya dari rumah makciknya yang berhampiran,” katanya.

Zahari memberitahu, kedua-dua suspek telah mengheret mangsa ke kawasan belakang rumah makcik mangsa lalu mencium, meramas buah dada dan meraba kemaluan mangsa.

Katanya, mangsa telah menjerit memanggil makciknya dan kedua-dua supek telah melepaskan mangsa lalu melarikan diri.

“Mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada makciknya apa yang telah berlaku ke atas dirinya,” jelas Zahari.

Katanya, ketika kejadian ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana bermalam di kebun getah mereka dan keesokan harinya makcik mangsa telah memberitahu ibu apa mangsa bahawa mangsa telah dicabul.

Zahari memberiahu, kedua-dua supek telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 376 dan 511 Kanun Kesiksaan kerana cubaan untuk merogol dan mencabul.

“Dalam siasatan awal polis, mendapat bahawa kedua-dua supek dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu,” katanya lagi.-New Sabah Times-

6 ulasan:

nickko berkata...

kalau tidak silap, setakat ini cuma ada 5 buah sekolah Henry Gurney di Malaysia untuk pesalah juvana.. eloklah jika jumlahnya ditambah memandangkan semakin ramai pesalah juvana yang melibatkan pelajar2 sekolah..

nickko berkata...

atau mungkin lebih baik jika penjenayah dikalangan remaja juga dikenakan hukuman berat seperti penjara dan sebat..

Tanpa Nama berkata...

Harap2 lah jenayah juvana ni akan berkurangan supaya beban kerajaan pun tidak bertambah.

Tanpa Nama berkata...

makin menjadi remaja masa kini.

Unknown berkata...

Untuk undang-undang baru, kita harap mabuk bukannya alasan untuk tiket seseorang itu daripada tidak didakwah. banyak kes sekarang yang kita dengar alasan mereka adalah kerana mabuk.

John Winchester berkata...

Bawah umur pun perangai sudah macam tu