KUALA LANGAT - Peminjam skim Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya memansuhkan bayaran pinjaman berkenaan terlebih dahulu sebelum meminta kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Peminjam, Hafez Shuriddin meminta Kerajaan Negeri menukarkan pinjaman berkenaan kepada biasiswa jika ingin menjaga kebajikan rakyat.
“Ini tidak pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak terlebih dahulu mempraktikkan memansuhkan pinjaman SUK itu, tetapi sibuk memperjuangkan untuk memansuhkan PTPTN.
“Jika benar negeri berkebajikan sekali gus Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan tindakan berkenaan segera tanpa mengarahkan mana – mana pihak untuk mencabar PTPTN supaya dimansuhkan,” katanya di Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat.
Hafez, berkata, beliau kesal isu PTPTN dibangkitkan sedangkan Kerajaan Negeri lebih mendesak dengan menghantar surat peguam sebanyak empat kali dengan setiap caj sebanyak RM100 kepadanya sebagai peminjam SUK.
Katanya, beliau yang tamat pengajian pada 2003 diarah menjelaskan pinjaman RM24, 050 dan sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman berkenaan pada 2004 hingga 2011 tetapi pernah didesak untuk menjelaskan bayaran secara pukal RM 9,857.
Selasa, 17 April 2012
Desak Kerajaan Negeri mansuh pinjaman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
Agenda PTPTN hanya muslihat PKR untuk menarik undi2 golongan muda
PTPTN was found since 1997, and millions of students have since borrowed and repaid their loans. These past students are able to repay their loans but why the current generation are unable to?
Abolishing PTPTN is encouraging students to be dependent that their problems will be solved by some other people. Making them think there is always the easy way out, don't want to pay PTPTN, just ask the government to abolish it. Next time, don't want to pay credit card debts, just ask the bank to write it off.
There is only one way to avoid paying PTPTN, that is to study hard and get good results then they can apply to have their PTPTN loans convert to scholarship.
Kerajaan BN menanggung antara 85 hingga 95 peratus subsidi bagi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam untuk meringankan beban pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata PTPTN turut mengecualikan pembayaran semula kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kelas pertama atau yang setaraf dengannya yang mana sehingga 31 Disember 2011, seramai 11,764 pelajar telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN.
kerajaan perlu melakukannya duhulu jika mereka benar2 memperjuangkan isu PTPTN.
PTPTN menjadi isu hangat sekarang ini. Tambahan lagi mendapat sokongan yang besar dari mahasiswa.
saya sokong.. jika menteri besar selangor boleh menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda yang jumlahnya puluhan ribu, kenapa tidak untuk pelajar2 selangir??
Catat Ulasan