KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said yakin jumlah peserta himpunan pada 28 April nanti melebihi sasaran 500,000, berikutan kebenaran pihak berkuasa.
“Kedatangan 500,000 orang adalah wajar. Kita mengumumkan kempen ‘Duduk Bantah’ nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh.
“Biar apa sekalipun, kita akan kekalkan lokasinya di Dataran Merdeka dan juga bandaraya lain di seluruh dunia. Kami harap pihak berkuasa faham hasrat rakyat.
“Himpunan ‘Duduk Bantah’ turut diadakan di 33 buah bandaraya di seluruh dunia,” tegasnya yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.
Pak Samad turut memaklumkan, pihaknya akan bertemu polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat untuk berunding tentang penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan.
“Di aras dan waktu yang wajar, kita akan hubungi mereka. Sekarang ini masih cantik,” kata Pak Samad optimis dengan kerjasama pihak berkuasa.
Menjawab satu soalan, ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin berkata, kehadiran 500,000 dalam himpunan ‘Duduk Bantah’ adalah ‘majoriti’ kepada undi belah bahagi yang sering ditolak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
“500,000 ini adalah bukti ketidakpercayaan rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka ‘curi’ pilihan raya. Satu penipuan sudah mewajarkan bahawa SPR perlu meletak jawatan.
Pada sidang media sama, jurucakap Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami), Ahmad Lutfi Othman mendesak kebenaran akses kepada media arus perdana oleh semua parti politik.
“Malaysia sangat terkebelakang berbanding Singapura, malahan Myanmar sekalipun,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan