Ahad, 15 April 2012

Apabila PASTI Dirobohkan, Tanda Kerajaan BN Melaka Bakal Runtuh

KELAB GREENBOC




M
ereka hanya boleh robohkan bangunan ini


BUKIT KATIL, Melaka: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu.

Gambar: Pasti Bukit Katil sebelum dan selepas dirobohkan

Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini.

"Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali.

"Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya.

Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam.

"PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

"Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau.

Menurut beliau, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS pada tahun 2003. -HD

Ulasan GB

Ali Rustam terlupa kerajaan Khir Toyo runtuh dengan tindakannya merobohkan Surau Berembang...

Surau Berembang Dirobohkan UMNO

4 ulasan:

John Winchester berkata...

the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

Tanpa Nama berkata...

pasti ada sebab ia dirobohkan, hal ini tak perlu nak dijadikan isu besar.

Hamdan Hadillah berkata...

Mungkin penjelasan dari pihak kerajaan perlu memastikan dapat menjawab tindakkan yang dibuat.

Mumbai berkata...

PAS bising bila kerajaan BN robohkan PASTI.. tapi bagaimana pula dengan kerajaan PAS yang merobohkan madrasah di kedah semata2 mahu memberikan laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah??