Isnin, 2 April 2012

17 rumah terjejas akibat ribut di Lubuk Kelubi


Harakahdaily,


HULU LANGAT:
Kejadian ribut di Kampung Lubuk Kelubi yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang semalam telah menyebabkan 17 buah rumah terjejas termasuk dua rumah yang dihempap pokok tumbang.

(Penduduk dan Unit Amal berusaha membersihkan kawasan akibat ribut)

Ianya bermula dengan hujan lebat selama 10 minit dan disusuli ribut kencang kira-kira 5 minit sahaja.

Ekoran ribut itu, bermula jam lima petang para petugas Jabatan AMAL DUN Dusun Tua dan Hulu Langat telah memulakan tugas membantu kerja-kerja membersih terutama memotong pokok tumbang yang menghempap rumah.

Mereka juga membantu pihak Bomba dan Bomba Sukarelawan Hulu Langat membersihkan kawasan dan membantu mangsa ribut itu.

Antara yang turut hadir membantu, Sofian Othman Ketua Majlis Pemuda DUN Dusun Tua, Shahmior Kosim Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, Haji Ramli Yunan Ketua Kampung Batu18 yang turut hadir membantu rakan sejawat En. Zulkifli Lajis Ketua Kampung Padang yang ditimpa kejadian ribut ini.

Operasi pembersihan ditangguhkan jam 10.00 malam oleh pihak bomba atas sebab keselamatan.

Tiada ulasan: