Selasa, 7 Februari 2012

Zamil cabar Zaid bawa penyokong keluar

FREE MALAYSIA TODAY

Itu pun jika beliau ada penyokong, kata pemimpin Kedah itu.



ALOR SETAR: KITA Kedah mencabar presiden parti Datuk Zaid Ibrahim membawa berama penyokong keluar dari parti itu.

Bagaimanapun Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim “keluarlah bersama penyokong jika beliau ada penyokong.”

“Saya cabar bawa bersama penyokong setianya keluar dan sertailah mana-mana parti yang pelawa mereka.

“Saya percaya ahli KITA tidak mudah tertipu atau diperkudakan. Adakah ahli Kita bodoh nak ikut pemimpin macam ini?

“Saya menyeru ahli KITA di seluruh Malaysia agar bersabar sementara saya dan teman-teman menyusun strategi tertentu demi menjaga serta memperkasakan kembali KITA,” katanya.

Zamil mengajak ahli parti melupakan Zaid yang mengumumkan akan membubarkan KITA.

Parti setahun jagung itu akan dibubar dalam dalam mesyuarat agung akan datang.

Tiada ulasan: