Rabu, 22 Februari 2012

Zaid, KITA dan '3rd Force' juga wang dari Umno yang tak masuk-masuk!

K Suresh, Stan Lee, Malaysia Chronicle


Akhirnya, ia sesuatu yang menentang lumah alam – 3rd Force bukanlah untuk Semenanjung Malaysia seperti Zaid Ibrahim dan parti Kita.

Zaid akhirnya telah sedar akan jalan politik dan hubungan yang terbaik, walaupun dengan berat mengumumkan pembubaran parti beliau untuk menunjukkan taat setia beliau untuk Pakatan Rakyat, namun bila ia akan berlaku masih lagi belum pasti. Zaid mahu menyingkirkan mereka-mereka yang merupakan pengacau dalam parti yang menyukarkan hasrat beliau untuk membubarkan parti.

Adakah PR akan menyelamatkan beliau dan menghidupkan ia semula ataupun membuat kesimpulan bahawa sejarah tidak akan berulang? Mungkin tidak. Zaid berkemungkinan boleh menjadi seperti dalang UMNO dalam PR walaupun beliau telah menyuarakan kekesalan merebut jawatan timbalan presiden PKR semasa beliau belum bersedia.

Akhirnya, Zaid telah menjadi musuh diri sendiri tetapi jangaanlah kita terlalu cepat mengenepikannya. Ibarat berita buruk, beliau sering muncul dan kegigihan beliau mungkin akan membawa kepada kejayaan beliau. Masih lagi ada harapan untuk Zaid walaupun berkemungkinan ia adalah lebih kepada pihak Najib dan bukan Anwar.

3 rd Force dan Sistem 3 Parti

Jalan alternatif untuk Zaid adalah bekerjasama dengan 3rd Force Sabah dan Sarawak dan mengekalkan penyokong berpotensi beliau dari Semenanjung Malaysia sebagai sebuah pakatan. Jika beliau mahu kekal dalam politik arus perdana, beliau harus sedar bahawa tiada tempat di Semenanjung Malaysia untuk sistem 3 parti hanya 2 parti yang diilhamkan Pakatan.

Di Kota Kinabalu pada 23 Januari dalam sebuah perhimpunan rakyat menyambut sambutan Tahun Baru Cina, ia sangat jelas bahawa Anwar dan Pakatan telah mendapat angin kebangkitan kedua mereka. Dihadapan rakyat yang bersorak, Anwar menegaskan keperluan kepada sistem dua parti yang kukuh. Beliau juga mahu sistem politik berdasarkan perkauman yang ada sekarang (dilaksanakan Umno) diganti dengan sistem yang berdasarkan hak asasi.

Anwar membawa pulang mesej tersebut, dengan memetik kata-kata hikmah daripada Mahatma Gandhi, seorang pemimpin terulung India. Sentiasa ada aura demokratik dan terbuka mengenai Anwar, seperti contoh, beliau tidak langsung menutup kekecewaan beliau tehadap pemimpin orang Dusun dan Dayak di Sabah dan Sarawak yang sanggup mengkhianati kaum mereka sendiri untuk 30 keping perak. Sambutan terhadap beliau daripada mereka yang berhimpun sangat memberangsangkan.

Zaid mungkin tidak berada di situ untuk melihat apa yang sedang berlaku tetapi beliau sememangnya sedar ke arah manakah angin sedang bertiup. Beliau pernah melihat naik turun dalam kehidupan politik sebelum ini dan sekarang beliau mahu bersama dengan pihak yang beliau rasakan akan menang.

Antara RPK, Harris dan Jeffrey

Zaid setelah digesa oleh blogger Malaysia yang melarikan diri di London, Raja Petra Kamaruddin dan rakan-rakan seperjuang; Harris Ibrahim yang pada awalnya menarik perhatian dengan menerajui 3 rd Force dalam Parlimen Malaysia. Teorinya pada masa itu adalah 3 rd Force akan mengambil jalan tengah antara PR dan BN dalam parlimen dan akan menyokong salah satu antara mereka untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan tanpa terlibat dengannya dari awal.

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk Raja Petra dan Harris untuk menarik balik sokongan terhadapnya. RPK dituduh menjual diri kepada Umno manakala Harris telah berhenti daripada MCLM.

3 rd Force yang diilhamkan oleh rakan baik beliau, Jeffrey Kitingan bermaksud untuk mewujudkan pakatan yang berada di Sabah dan Sarawak untuk bersaing dengan Pakatan dan Barisan Nasional yang diasaskan di Semenanjung Malaysia. Ia bukanlah impian Zaid. Dalam kata lain, 3 rd Force Jeffery ini sebenarnya adalah sistem 3 parti.

Zaid juga berhadapan dengan realiti semasa melawat Sabah dan Sarawak tempoh hari apabila beliau tidak mendapat layanan yang begitu baik berbanding semasa beliau masih dalam Parti Keadilan Rakyat. Semasa itu, beliau merasakan diri beliau ibarat seorang wira di kedua-dua negeri tersebut. Jeffrey juga sebenarnya mendapat nasib yang sama selepas beliau keluar parti tidak lama selepas Zaid.

Sebenarnya wang tidak masuk

Kita boleh berdebat mengenai Zaid Ibrahim sampai bila-bila. Akhirnya, realiti yang terpaksa dihadapi Zaid adalah dana yang diperlukan beliau untuk politik beliau tidak masuk. Inilah yang dikatakan olehnya menerusi media televisyen baru-baru ini.

Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin serta Mahathir Mohamad dipercayai gagal menunaikan janji mereka. Mereka yang menjanjikan dana untuk Zaid telah berubah fikiran dan mula mencari ayam tambatan lain dikalangan pihak pembangkang.

Zaid sendiri sudah cukup terbeban- Ibrahim & Co dan aset lama Umno- tetapi beliau tidak akan memperjudikan nasib dirinya atau membiarkan dirinya menjadi bankrap hanya kerana politik. Beliau lebih rela bersantai dengan menghisap cerut sambil minum whiskey terbaik.

Zaid sangat cinta pada kehidupan yang mewah dan cinta beliau tidak akan membawa beliau kepada situasi menjerat dirinya dalam politik. Beliau bukanlah Mahatma Gandhi dan beliau jelas bukan seperti Anwar yang sanggup menghabiskan masa berceramah di mana-mana sahaja atau berkorban demi memastikan Malaysia yang lebih baik di masa akan datang.

Bubar atau tak bubar?

Tanpa dana, Zaid ibarat itik mati dalam politik. Lagipun, Zaid telah dilihat oleh Umno sebagai seseorang yang melemahkan PKR dan tidak dapat meletakkan diri beliau sebagai pemimpin 3 rd Force dalam Parlimen yang boleh memberi saingan kepada BN.

Terutamanya untuk Umno, adalah tidak menguntungkan untuk bekerjasama dengan 3 rd Force kecualilah ia dalam berdiri sendiri dan bukan merupakan ancaman untuk BN hanya untuk PR. Untuk membelanjakan wang membantu 3 rd Force berdiri sendiri bukanlah sesuatu yang memberangsangkan menurut pemimpin tertinggi dalam parti perkauman tersebut. Jadi, selamat tinggal Zaid dan tidak lama lagi rakyat akan bertanya, siapa Zaid?

Zaid juga telah mengadu bahawa beliau dikritik teruk oleh pemimpin partinya dan ahli. Banyak kritikan itu lahir daripada dakwaan berkisar wang dan juga Zaid yang telah gagal untuk mengawal parti dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan.

Membunuh parti melalui pembubaran adalah cara Zaid menguburkan pengkritik beliau dan mengakhiri kerjaya politik mereka.

Pembubaran itu juga telah memaksa Umno untuk membuat keputusan samaada terus menyalurkan dana untuk parti tersebut demi mengekalkan ia atau tidak. Inilah sebabnya ada pelawaan untuk Hassan Ali dan Ibrahim Ali – dua pejuang perkauman yang disayangi Umno untuk bertanding atas tiket Kita.Malaysia Chronicle

11 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Zaid membubarkan parti untuk menunjukan sokongan beliau terhadap PR, ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap parti sendiri dan saya rasa ahli KITA sudah kehilangan keyakinan mereka terhadap Zaid.

Anak Sabah berkata...

Zaid bukan seorang pemimpin yang baik jika sanggup mengecewakan ahli sendiri untuk tujuan politik sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Zaid ni perjuangannya hnya separuh jalan.

TuhauBam berkata...

Lebih baik tarik diri dari arena politik

kamilla berkata...

perjuang Zaid hanya untuk diri sendiri sahaja.

kamilla berkata...

Pemimpin seprti ini, bagi saya, seorang yang tiada pendirian.

Tanpa Nama berkata...

baik Zaid bersara saja dari arena politik selama2nya.. semakin lama beliau berada dalam politik, semakin muak rasanya rakyat melihat beliau..

Tanpa Nama berkata...

bagaimana sekalipun, saya puji Zaid kerana berani berundur dan membubarkan parti KITA.. tidak seperti pemimpin2 lain yang masih gairah berpolitik sedangkan penerimaan rakyat terhadap mereka sudah pudar..

Unknown berkata...

Zaid sememangnya tidak mampu mempertahankan parti baru KITA yang diketuai oleh beliau. Sememangnya tidak ada kekuatan sokongan diberikan untuk parti tersebut. Sebab itu KITA tidak dapat bertahan lama.

Tanpa Nama berkata...

Jika pemimpin tiada pendirian, samalah saja dengan lalang. Yang bergerak ke kiri dan kanan ikut arah angin.

Tanpa Nama berkata...

Good luck sajalah untuk Zahid selepas ini. Politik pun ada pasang surutnya.