Selasa, 21 Februari 2012

Umno Cheras dakwa Nik Aziz 'kena main' dengan Anwar

MALAYSIA KINI
Umno Cheras hari ini menyifatkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘kena main' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel apabila kata dua mursyidul am PAS itu sebelum ini didakwa dipersendakan.

NONE"Hari ini, Anwar tak peduli kata dua Nik Aziz, nampak sangat Nik Aziz yang dianggap ulama tidak dihormati oleh Anwar," ujar Ketua Umno bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee (kanan).

Justeru katanya, kata dua Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan hanya menjadi bahan ketawa orang ramai dan membuktikan PAS sekadar bersandiwara.

Selepas pertemuan 40 minit di Kuala Lumpur pagi tadi, Anwar berkata, mereka berdua saling faham pendirian masing-masing, termasuk pendirian PAS yang tegas tentang Israel.

Sambil berkata "rasa baik" dengan keadaan itu, Anwar berkata, beliau memaklumkan kepada Nik Aziz bahawa beliau tunduk dengan kehendak Hamas dan FATAH, seperti rundingan di Doha dua minggu lalu.

Nik Aziz tidak memberikan sebarang ulasan selepas pertemuan itu dan dijadual mengeluarkan kenyatan media petang ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Ali juga berkata, Nik Aziz yang ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ‘lesap' sehingga tidak dapat ditemui oleh pihak media.

manek urai by election anwar and nik aziz ceramah 080709 02"Di luar bukan main garang, beri kata dua konon, tetapi apabila bersemuka dengan Anwar, lain pula ceritanya," tegasnya sinis.

Syed Ali juga berkata, Nik Aziz mungkin berasa malu sehingga tidak mahu berjumpa pihak media selepas pertemuan tersebut.

"Mereka (PAS) sebenarnya sanggup menjual harga diri kerana takutkan PKR, Nik Aziz sendiri pun sanggup kena main," tegasnya lagi.

Nik Aziz pada 14 Februari lalu mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Tiada ulasan: