Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad telah membuat satu kesimpulan terburu-buru bahawa debat antara Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang membuang masa. Ini tidak benar sama sekali kerana terdapat beberapa isu utama yang perlu diketengahkan dan diterangkan kepada rakyat melalui perdebatan. Siapakah yang lebih baik untuk menjelaskan isu ini jika bukan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sesebuah negara?
Mahathir juga berkata bahawa rakyat Malaysia belum matang, tidak seperti Amerika. Ini adalah satu penghinaan! Jika benar, ia mencerminkan pemerintahan selama 22 tahun Mahathir yang mengesahkan hujah bahawa dia menyekat pemikiran rakyat dengan dasar yang sengaja dibuat untuk memperbodohkan mereka supaya kepentingan diri dan kroninya terpelihara.
Sudah tentu, rakyat Malaysia telah matang untuk memahami perbezaan antara yang baik dan buruk dan antara yang benar dan yang salah. Itulah sebabnya kenapa Mahathir begitu dibenci hari ini kerana rakyat tahu ketidakikhlasannya dan salah lakunya keatas mereka! Bagi Mahathir, ini hanya bererti bahawa mereka 'tidak matang' dan mudah 'dikelirukan' kerana tidak menghargai kebaikan dan kemurahan hati beliau.
Malang baginya, rakyat Malaysia sudah jauh lebih bijak daripada apa yang difikirkannya. Contohnya, mereka tahu dia perlu memberikan penjelasan dan membawa kembali RM888bil wang haram yang dibawa keluar dari negara ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akibat rasuah.
Mengaku, tetapi tidak mahu berdepan masalah
Mahathir juga menegaskan bahawa debat tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Maka, beliau mengakui bahawa terdapat banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan tetapi terpaksa dihadapi juga oleh rakyat. Bagaimanapun, beliau tidak mahu masalah-masalah dihadapi secara terbuka. Pada usia 55 tahun, Malaysia sudah semestinya cukup matang untuk berhadapan dengan masalah.
Perdebatan akan mengupas semua masalah yang dihadapi oleh rakyat dan Najib boleh memberitahu rakyat bagaimana rancangannya untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya mengakui bahawa masalah itu benar-benar wujud dan bagaimana dia akan mengatasi masalah ini termasuk menteri yang dipertanggungjawabkan kepada rakyat. Perdebatan seperti ini adalah baik kerana ia menyedarkan pihak kerajaan untuk sentiasa bekerja untuk rakyat dan bukan sebaliknya. Setakat ini, BN terlalu bernasib baik. Mereka bermaharajalela kerana beranggapan bahawa rakyatlah yang harus tunduk kepada mereka dan bekerja untuk mereka!
Tidak ada gunanya untuk cuba menyembunyikan masalah negara. Dengan cara ini, jika BN atau Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13, sekurang-kurangnya mereka tahu apakah punca kegagalan mereka. Selain itu, di Parlimen, ahli parlimen tidak membangkitkan isu-isu, penting untuk diperdebatkan sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah. Jadi, apakah yang ditakutkan Mahathir? Atau adakah dia hanya kecewa kerana Anwar tidak pernah mencabarnya untuk berdebat? Ini mungkin juga benar kerana Mahathir suka akan populariti – dan disukai ramai!
Mahu dijemput Anwar juga?
Mahathir seterusnya mendakwa yang Anwar sering berubah pendapat untuk memuaskan hati orang Cina, India dan Islam bergantung kepada keadaan. Tidak pernahkah Mahathir melihat Najib memakai kurta semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini? Tidakkah Najib menyebut tentang perkara-perkara yang sedap didengari oleh orang India dan memakai baju tradisi kaum India untuk perayaan itu?
Tidak sedarkah Mahathir bahawa ucapan Thaipusam Najib memfokuskan kepada isu-isu berkenaan kaum India dan berjanji jika
mereka membantu Najib, Najib akan membantu mereka?
Jika Mahathir sangat bijak, buktikan dalam pemerintahannya selama 22 tahun, pernahkah dia bercakap dengan orang Melayu dengan istilah Tamil, memakai kurta dan bercakap tentang agama Hindu dan perihal masalah yang dihadapi kaum India di Malaysia?
Mahathir menuduh Anwar dan penyokongnya hanya mahu menjadi perdana menteri. Bagaimana pula dengan dirinya? Bukankah tujuan utama orang menyokongnya adalah kerana mahu melihat dia menjadi perdana menteri pada suatu ketika dulu? Adakah dia juga telah lupa akan tujuannya dulu?
Jadi kenapa sibuk nak jadi presiden UMNO dan mendatangkan masalah pada masa Tunku Abdul Rahman sehinggakan Tengku Razaleigh mencabarnya di mahkamah sehinggakan UMNO diharamkan? Mahathir pula bersusah payah memberi nafas baru bagi UMNO dengan mendaftarkan semula UMNO baru itu.
Dr M jadi bahan lawak jenaka
Kenapa bersusah payah begitu? Kenapa tidak dibiar Tengku Razaleigh menjadi presiden UMNO. Ku Li seorang lelaki yang baik, lebih popular dikalangan orang Melayu berbanding Mahathir. Terpelajar dan mempunyai latar belakang yang mengagumkan. Kenapa tidak dibiarkan sahaja Ku Li menjadi PM dahulu ya?
Sebenarnya Mahathir telah menjadikan dirinya sebagai bahan lawak jenaka persis Ibrahim Ali dan Hasan Ali. Rakyat Malaysia, walaupun dari kalangan UMNO-BN tahu ini bukan kerana Anwar.
Ia bukan kerana ABU-asalkan bukan UMNO. Sekali lagi dalangnya adalah Mahathir dan Najib. Hasil pentadbiran bobrok yang telah menjadikan penyokong mereka hilang minat. Sekaligus ini bakal menyebabkan kehancuran parti.
Najib turut abaikan UMNO
Daripada sibuk mengkritik dan meminta anaknya Mukhriz dijadikan PM dalam masa yang terdekat, Mahathir patut sedar yang Najib juga ada kemungkinannya bakal meninggalkan UMNO.
Benar, Najib mungkin akan mengabaikan UMNO, walaupun bukan dengan memutuskan hubungan atau menyertai atau menubuhkan parti baru. Najib sudah merendahkan martabat UMNO seperti apa yang telah dilakukannya kepada MCA , MIC dan Gerakan. Kurang pengawasan ke atas mereka kerana sibuk menumpukan perhatian pada dirinya sahaja dan sekaligus menjadikannya kurang menarik kepada rakyat.
Mahathir perlu sedar akan kepincangan yang telah mengakibatkan kurangnya sokongan Melayu pada UMNO tanpa adanya pengaruh dari kumpulan Najib mahupun Badawi. Jika dia meneruskan dirinya begitu, tiada siapa yang akan mendengar katanya. Dia akan diingati sebagai seorang penjahat, sentiasa dipersalahkan ke atas apa yang telah berlaku di dalam UMNO dan BN. Sebenarnya, dia telah pun menjadi seperti demikian.
Wahai Dr M, jangan hanya menyalak sahaja. Adalah lebih baik jika anda menerima bahawa ada orang yang lebih bijak daripada anda juga, bukan sahaja musuh politik dari dalam UMNO, tetapi juga dari kalangan rakyat biasa.
Satu-satunya yang menjadi penyelamat Mahathir adalah harta kekayaannya. Ini boleh membeli perlindungan baginya dan mengekalkan pengaruh politik beliau. Tidak syak lagi, kekayaan Mahathir boleh bertahan untuk beberapa hayat, tetapi tanpa kuasa politik - seperti dalam kegagalan BN pada pilihan raya – wang berbilion-bilion pun tidak berguna.
Wang, sepertimana yang sering katakan, tidak boleh membeli semua benda! Mungkin saling menghormati sesama manusia adalah penyelesaian yang lebih baik daripada populariti politik yang berpanjangan kesan daripada politik wang dan penindasan.Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan