"Orang kata saya akan tinggalkan parti kerana tidak lagi menjadi menteri besar tetapi itu tidak benar," katanya.
SHAH ALAM: Dr Khir Toyo berkata beliau tidak akan meninggalkan Umno walau pun tidak lagi memegang jawatan dalam parti.
“Orang kata saya akan tinggalkan parti kerana tidak lagi menjadi menteri besar tetapi itu tidak benar,” katanya.
Dr Khir kini berdepan hukuman setahun penjara kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.
Bagaimanapun, beliau membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.
Dr Khir juga menjelaskan tidak ada puak dalam Umno Selangor sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.
‘Saya akan tegur’
“Bila kamu jadi pemimpin, jadilah pemimpin yang baik kerana saya pengikut yang baik. Kalau pemimpin tak betul, saya akan tegur.
“Kalau tak suka kepada pemimpin, jangan tinggalkan parti,” katanya.
Kepimpinan Umno Selangor kini diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Datuk Seri Noh Omar sebagai timbalan.
Dr Khir menjadi menteri besar Selangor selama lapan tahun dari 2008 menggantikan Tan Sri Abu Hasan Omar yang meletakkan jawatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Khir berkata, calon BN yang kalah dalam pilihan raya umum 2008 tidak boleh dicalonkan bertanding dalam piJihan raya ke 13.
“Itu realiti, perlu banyak muka baru bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara. Kita ramai profesional dalam parti,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan