Khamis, 9 Februari 2012

Raja Petra Tuduh Dua ADUN Selangor Amal Rasuah Industri Pasir

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Pengarang blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin menduh dua ADUN Parti Keadilan Rakyat di Selangor, Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Saari sebagai terbabit dalam rasuah untuk meraih kontrak industri pasir di negeri itu.

Raja Petra mendakwa beliau mempunyai rakaman telefon Shuhaimi yang meminta RM50,000 daripada seorang ahli peniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai SC.

Wang itu, menurut Raja Petra adalah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dimiliki kerajaan Selangor.

Shuhaimi, Adun Seri Muda dan Amiruddin, ADUN Batu Caves juga didakwa menjadi ahli lembaga pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh SC untuk mendapat kontrak itu, kata beliau yang kini menetap di Manchester, England.

Shuhaimi dan Amiruddin dibayar RM5,000 sebulan sebagai ganjaran ahli Lembaga Double Dignity, menurut Raja Petra.

Dalam blognya, Raja Petra memperinci bayaran-bayaran yang dibuat oleh SC kepada Shuhaimi berserta dengan nombor akaun bank yang di masukkan sesetengah bayaran itu.

Jumlah yang dibayar oleh SC kepada Shuhaimi dan Amiruddin didakwa antara RM2,000 sehingga RM50,000 dan dibuat di antara tahun 2009 dan 2010, menurut Malaysia Today.

Shuhaimi didakwa menuntut bayaran itu untuk pelbagai “belanja” termasuk menyogok pegawai Kumpulan Semesta bagi mendapatkan kontrak pasir berkenaan dan menganjurkan majlis Hari Raya.

Selain menjadi ahli lembaga pengarah Double Dignity, Suhaimi turut didakwa memberikan syarikat itu surat sokongan bagi membolehkan ia memohon hak mengorek pasir di sebuah tapak 45 ekar di Dengkil pada 18 Januari 2010.

Dalam laporan itu, Raja Petra menghuraikan tempat dan tarikh di mana beliau mendakwa Suhaimi di bayar oleh SC. Antara lokasi berkenaan adalah restoran dan hotel di Subang Jaya, Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Pada 5 Januari 2010, Shuhaimi didakwa meminta RM50,000 daripada SC dan meminta wang itu dimasukkan dalam akaun Syarikat A&L Norash Enterprise di Affin Bank di Kelang.

Wang itu dimasukkan pada 11th Januari, kata Raja Petra.
Beliau mendakwa, Raja Norash Enterprise dimiliki oleh pasangan Ashmali Bin Osman dan Norlela Binti Ahmad yang merupakan kawan rapat Suhaimi.
Raja Petra turut memberikan butiran wang yang dikeluarkan daripada akaun itu dan dibayar kepada beberapa pihak atas arahan Shuhaimi.
Dalam rencana berkenaan, Raja Petra turut menyiarkan rakaman perbualan telefon yang beliau mendakwa adalah antara Suhaimi dan SC berhubung dengan permintaan ADUN itu untuk mendapatkan RM50,000.
Semalam Raja Petra mendakwa Bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Datuk Patrick Wong dibunuh pada tahun 2009 dan mempunyai kaitandengan penyelewengan industri pasir membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tiada ulasan: