Rabu, 1 Februari 2012

Puteri Umno: Kami mahu Palanivel, bukan Devamany

"Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja," kata Norzalina.



CAMERON HIGHLANDS: Kini Puteri Umno Cameron Highlands menolak ahli Parlimen Datuk SK Devamany dalam pilihan raya ke 13 kelak.

“Cukuplah lapan tahun (dua penggal) Devamany menjadi wakil rakyat Cameron Highlands. Tak ada pembangunan untuk kawasan ini, buat apa jadi wakil rakyat.

“Kami mahu orang lain, kalau boleh Datuk G Palanivel. Devamany tidak sesuai lagi,” tegas Bendahari Puteri Umno Cameron Highlands, Norzalina Mohd Noor.

Sebelum ini Pemuda Umno dan belia peneroka Sungai Koyan juga menyatakan perkara sama iaitu menolak Devamany atas alasan tidak membawa pembangunan kepada penduduk setempat.

Akan buat undi rosak

“Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja.

“Kalau bertanding lagi, kita (Puteri Umno) buat undi rosak,” tambah Norzalina yang mendakwa pengundi pergerakan itu lebih 1, 000 orang di Cameron Highland.

Pergerakan itu juga telah membuat usul dalam mesyuarat Umno bahagian supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan: