Isnin, 6 Februari 2012

PERKASA: DAP berani gesa PAS?

MALAYSIA KINI

PERKASA mendakwa tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru MCA memutuskan hubungan dengannya kumpulan pendesak Melayu semata-mata bertujuan mendapatkan perhatian pengundi Cina.

Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali (bawah) berkata, NGO itu tiada sebarang hubungan atau kerjasama dengan MCA, malah tidak seorang pun anggotanya menyertai PERKASA.

NONE"Malah PERKASA lebih banyak mengkritik MCA dari DAP," katanya.

"Adalah lebih baik Guan Eng buat gesaan kepada PAS supaya parti itu tiada langsung hubungan dengan PERKASA kerana tidak sedikit juga ahli parti PAS menjadi ahli PERKASA juga."

Lim semalam menggesa MCA melarang anggotanya menghadiri majlis yang bakal dianjurkan PERKASA kerana mendakwa NGO itu organisasi "perkauman".

Katanya, jika MCA tidak menguatkuasakan larangan itu, ini hanya membuktikan bahawa parti Cina itu mempunyai hubungan dengan PERKASA.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan mendakwa, ramai anggota PAS menyertai PERKASA kerana tidak bersetuju terhadap kerjasama dengan DAP yang digelarnya "bapa segala rasis".

Katanya, kumpulan itu juga berharap PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat suatu hari nanti.

"Saya jelaskan ramai ahli PAS dalam PERKASA. Bagaimana Guan Eng? Berani desak PAS gesa ahlinya keluar dari PERKASA atau DAP akan putus hubungan dengan PAS?" soalnya lagi.

Tiada ulasan: