Rabu, 22 Februari 2012

Penyelesaian Tajudin-Danaharta tutup skandal Dr M dan Daim, kata Anwar

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu berkemungkinan ada satu percubaan untuk menutup sebuah skandal apabila kerajaan PM Najib Razak bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah terhadap kes tuntutan Tajudin Ramli, seorang protégé bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang juga ada berkait rapat dengan Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi.

“Saya rasa mereka takut jika Tajudin meneruskan prosiding kes itu, dia akan mendedahkan korupsi. Perjanjian yanh melibatkan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu,” kata Anwar kepada wartawan pada hari Khamis.

Pentadbiran Najib yang membuat keputusan menyelesaikan kes itu diluar mahkamah membuat keputusan itu setelah kes berjalan dengan panjang yang akhirnya pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin untuk membayar Danaharta RM 589.14 juta berserta 2 peratus faedah setahun bermula 1 Januari 2006.

Memang kenyataan Anwar boleh dipercayai kerana pada Ogos 2011, pentadbiran Najib tiba-tiba mengarahkan semua agensi kerajaan termasuk pengurus aset nasional, Danaharta memberhentikan saman terhadap Tajudin.

Dalam afidavitnya, Tajudin telah mendakwa Mahathir dan Daim yang mengarahkannya pada tahun 1994 untuk membeli saham terbesar MAS pada harga RM 1.8 bilion untuk menjamin kerajaan. Tajudin juga menerangkan bahawa pembelian itu merupakan “khidmatnya kepada negara” namun ini dinafikan oleh Mahathir.

Anak-anak didik Daim

Tajudin telah menjadi pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia atau MAS dari 1994 ke 2001. Dia merupakan salah seorang daripada taiko Melayu yang diberi keistimewaan oleh Daim dan Mahathir yang mahu menghasilkan ramai usahawan Melayu dengan segera untuk memecahkan monopoli Cina di dunia koprat Malaysia.

Namun, setelah perancangan dilaksanakan, ia telah membiakkan korupsi secara berleluasa dan para pengkritik mula menunding jari pada Mahathir dan Daim kerana merekalah yang banyak mendapat habuan dalam “skim cepat kaya” UMNO ini. Seorang lagi anak didik Daim yang telah mengalami kerugian yang besar ialah Halim Saad yang telah membina Lebuhraya Utara-Selatan.

Selain Danaharta, pihak lain yang turut merima tempiasnya juga terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajudin termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines dan Duta Skyline Bhd. Semua firma ini telah menyaman Tajudin kerana kerugian yang alami oleh MAS yang nilainya mencecah berbilion ringgit.

“Ini adalah untuk memberitahu kamu bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat keatas Tajuddin Ramli dan mereka yang lain akan menarik balik saman keatasnya serta-merta kerana kerajaan dan kementerian kewangan telah bersetuju untuk menyelesiakan kes ini diluar mahkamah. Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah memberi mandat kepada saya untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam perkara ini,” umum Nazri Aziz, menteri di pejabat perdana menteri.

Pertukaran saham AirAsia dan MAS

Kenyataan mengejut Nazri yang menegaskan semua prosiding undang-undang terhadap Tajudin digantung setelah pengumuman termenterainya perjanjian MAS- AirAsia yang diselubungi misteri. Firma pengurus pelaburan nasional, Khazanah telah bersetuju menukar 20.5 peratus kepentingan saham mereka dalam MAS untuk 10 peratus di dalam AirAsia. Para penganalisa memberi pelbagai reaksi dengan ada yang menyatakan bahawa ini menguntungkan AsiaAsia dan ada yang menyatakan bahawa ia adalah untuk menjamin MAS. Apa pun, perjanjian itu tidak telus dan kepentingan AirAsia telah menjunam sementara mata saham MAS naik 18 peratus.

Pertukaran saham diumumkan setelah Munir Majid meletak jawatan dari MAS pada 31 Julai 2011. Munir yang lantang telah menjadi ketua eksekutif MAS semenjak 2004 yang juga telah memulakan saman terhadap Tajudin. MAS juga telah membuat aduan sebanyak 7 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Laporan itu menyebut, Tajudin merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kerugian MAS sebanyak RM8 bilion akibat beberapa perjanjian yang menguntungkan keluarga dan proksinya. Adik-beradik Abdullah Badawi juga dilaporkan mendapat habuan daripada kontrak penyediaan makanan kepada MAS.Malaysia Chronicle

7 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Menyelesaikan kes di luar mahkamah adalah tindakan untuk mempercepatkan penutupan kes daripada membiarkan isu tersebut terlalu lama. Tidaklah membazirkan masa kedua-dua pihak.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kes ini dapat ditangani dengan baik supaya boleh tutup kes dengan lebih awal.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik diselesaikan luar mahkamah.

TuhauBam berkata...

sekiranya bersalah pasti hukuman menunggu.

Tanpa Nama berkata...

tidak ada bukti2 konkrit yang membolehkan dakwaan Anwar ini boleh dipercayai..

Unknown berkata...

Seperti sukar untuk kita mempercayai apa yang Anwar ingin katakan.

Tanpa Nama berkata...

What goes around, will comes around.