MALAYSIA KINI
Pemuda PAS hari ini menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada minggu depan atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.Pada 2005, pihak berkuasa agama memutuskan Hari Kekasih tidak bersesuaian dengan Islam ekoran tingkah laku berkaitan pada hari itu serta mempunyai elemen Kristian.
"Saban tahun, kami menyertai perbagai NGO Islam untuk menyampaikan kesedaran bahawa merayakan Hari Kekasih bertentangan dengan Islam," anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu dipetik sebagai berkata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan