MALAYSIA KINI
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu.
"Saya tidak benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat tidak lama lagi.
"Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu.
Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah (kiri) berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas.
Dari situ sahaja, kata beliau, telah menunjukkan bahawa AELB menganugerahkan lesen dalam situasi di mana pihak kawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan yang jelas dari Lynas.
"Pada asasnya, dengan mengeluarkan lesen itu, ini bermakna AELB sedia mengabaikan isu-isu keselamatan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat sekitar Kuantan," katanya.
AELB lewat petang semalam mengumumkan bahawa lembaga itu telah memberi lesen kendalian sementara (TOL) untuk Lynas mengendalikan loji memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan