Khamis, 9 Februari 2012

Gambar Lucah Elly : PAS Serah Pada Polis

Post Pic



SHAH ALAM: PAS hari ini menjarakkan diri daripada kontrovesi membabitkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong susulan penangkapan bekas teman lelakinya di Indonesia minggu lalu kerana didakwa memiliki dokumen palsu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan susulan yang diperlukan dan tidak mahukan perkara itu dijadikan isu politik.
"Kita serah pada pihak berkuasa buat apa yang patut. Sepatutnya pihak berkuasa harus adil dan telus. Biar ia adil dan telus, dan kita tidak mahu ia dijadikan isu politik," katanya.
Penangkapan Hilmi Hazimin Malek di Batam di jangka membuka semula kemelut politik yang dihadapi oleh Elizabeth, PKR dan Pas.
Beliau dikehendaki di Malaysia berhubung penyebaran foto separuh bogel Elizabeth Wong tetapi melarikan diri ke Indonesia sebelum disoal siasat polis.
Pada hari ini, Khalid tidak mengulas isu-isu moral bersabit dengan kes itu yang dibangkitkan di beberapa blog sejak beberapa hari ini.
Antara lain, mereka sekali lagi mempersoalkan pendirian PAS dan Parti Keadilan Rakyat berhubung dengan dakwaan Elizabeth menjalin hubungan intim dengan suspek itu yang dikatakan juga ahli PKR tetapi terus berdiam diri mengenai hubungan itu dan masih memegang jawatan kanan dalam kerajaan negeri.
Dakwaan bahawa Helmi melarikah diri ke Indonesia dengan dibiayai oleh individu tertentu dalam PKR juga mencetuskan persoalan-persoalan mengenai kewibawaan parti itu sendiri.
PKR mempertahankan Elizabeth malah menolak tawaran Exco itu meletak jawatan tiga tahun lalu. Elizabeth juga dilaporkan mendapatkan sokongan Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Khalid berkata beliau sangsi polis akan menjalankan siasatan yang berwibawa jika Helmi dibawa pulang daripada Indonesia.
"Kita nampak polis pun sama pilih kasih. Kenapa bila pihak lain (ditangkap) dia tidak laporkan besar-besar pula," katanya.

Tiada ulasan: