Isnin, 13 Februari 2012

Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Staff Berita Semasa

senarai filem malaysia Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?


Tiada pengarah filem yang tidak mahukan keuntungan apatah lagi sanggup berdepan dengan risiko kerugian. Tetapi janganlah sampai mengejar keuntungan semata sehinggakan mengenepikan kualiti filem Malaysia yang dihasilkan. Dan inilah yang kami mahu perbincangkannya di sini hari ini….

Sebenarnya pengarah filem bebas berkarya untuk menghasilkan filem apa sekalipun. Tetapi, janganlah kerap sangat disogokkan pengemar filem Malaysia dengan “makanan ringan”.

“Sesekali penonton mahu juga merasa “makanan yang berkhasiat” yang merupakan produk tempatan”

Senarai Filem Malaysia 2011 (Kutipan)

filem malaysia Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Daripada senarai senarai filem Malaysia di atas ini berdasarkan kutipan sepanjang tahun 2011, apa yang dapat dilihat sekarang ini trend penonton filem Malaysia lebih terarah kepada :

  • Sini ada hantu, Khurafat, Penunggu Istana, Karak, Al Hijab, 3gp : Seram?
  • Cun, Nurkasih, Sekali Lagi, Ombak rindu : Cinta/Romantik?
  • Raya Tak Jadi, Alamak Toyol, Bini-biniku Gangster : Lawak?
  • Kongsi, KL Gangster, Songlap : Aksi?

Jikalau filem tempatan menampilkan…………

  • Pengarah yang bertaraf profesor belum tentu boleh menjanjikan filem yang berkualiti. Sayang sekali…..
  • Pelakon filem yang mantap dan popular pun, belum tentu mampu menghasilkan filem yang mampu menambat hati penonton
  • Skrip yang hebat pun masih tidak cukup lagi jika tidak ada elemen yang satu lagi, iaitu……
  • Sikap penonton yang dilihat “malas untuk berfikir di luar kotak” dan hanya mahukan hiburan semata-mata
  • Akhirnya filem Malaysia dilihat lari daripada landasan budaya kita sendiri

Tetapi itu tidak akan terjadi apabila pasaran filem Malaysia tidak dilambakkan dengan filem yang kurang berkualiti yang “berkiblatkan” unsur hiburan semata. Jika begitu, cukupkah pilihan yang ada kepada penonton? Apakah kita masih mahu mengharap sesuatu yang “luar biasa” daripada penonton dengan trend yang masih lagi tidak berubah? Sepatutnya, penonton perlu dibiasakan dengan filem yang ada pengisiannya dan mesej-mesej yang tersendiri tetapi malangnya bilangan yang ada pada hari ini terlalu kecil…

Masalahnya di sini Filem Melayu/Malaysia terlalu stereotype :

  • Kalau dihasilkan filem yang ada pengisian, malangnya terlalu bersifat ilmiah sampai penonton cepat boring
  • Kalau dihasilkan filem Malaysia yang bersifat untuk menghiburkan penonton pula, akhirnya “terlalu kosong” dengan pengisian
  • Mungkin pengarah filem perlu melihat semula filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee ketika berada di Studio Jalan Ampas. Filemnya agak ringan, mudah difahami tetapi masih lagi mampu diselitkan pengajaran. Tetapi penonton tetap menyukainya.

Tetapi inilah jadinya apabila produser filem Malaysia hari ini lebih mengutamakan keuntungan semata. Asalkan mampu menghiburkan penonton mereka sudah berpuas hati, tetapi kualitnya? Ingatlah sesungguhnya, filem mampu mencerminkan wajah & budaya Malaysia. Tetapi realitinya keadaan seperti sangat kuang melihatkan koleksi dan senarai filem Malaysia hari ini.

Antara Pengarah Pilihan Berita Semasa :

pengarah filem malaysia Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Pengarah filem yang kami lihat ada kualiti tersendiri ketika menerbitkan filem antara ialah :

  1. Filem Malaysia arahan arwah Yasmin Ahmad acapkali mengajak penontonnya berfikir tetapi kadang-kadang dilihat terlalu liberal
  2. Filem Malaysia arahan U-Wei pun banyak yang tersirat
  3. Bernard Chauly
  4. Woo Ming Jin
  5. Kabir Bhatia
  6. Afdlin Shauki
  7. Amir Muhammad
  8. Erma Fatima
  9. Adman Salleh

Antara Filem Malaysia Pilihan Berita Semasa :

Filem Malaysia bukannya tidak bagus, ada yang bagus tetapi seperti yang kami katakan sebelum ini bilangannya terlalu kecil :

  1. Jogho (menyelitikan keadaan politik yang berlaku pada masa itu = laga lembu)
  2. Nasi Lemak 2.0 (Kerapkali kami tersenyum sendirian kerana apa yang cuba disampaikan, benar-benar berlaku di Malaysia)
  3. Setem
  4. Hati Malaya
  5. Muallaf (Antara babak yang diingati : ada cina pegang anjing nak salam dengan seorang datuk, punyalah takut Dato Melayu sedangkan datuk itu tiada masalah untuk pegang beer?)
  6. Gubra (Filem Malaysia yang bagi kami cukup sarat dengan pengajaran)
  7. Embun

Antara Filem Luar Negara Yang Boleh Dijadikan Contoh :

“Yang baik kita jadikan panduan”

Ya betul, bukannya semua filem luar bagus. Ya..kami akui. Tetapi mengapa tidak kita lihat dan nilai hasil filem mereka yang dianggap bagus untuk diketengahkan untuk dijadikan contoh dan dipelajari oleh pengarah filem tempatan? itupun, jikalau benar-benar kita mahu tahap filem Malaysia kita ada satu anjakan paradigma untuk perubahan ke arah yang lebih baik…

filem iran Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

  1. Filem Iran : Children of Heaven, Turtles Can Fly, The Color of Paradise
  2. Filem India : 3 Idiots
  3. Filem Indonesia : Laskar Pelangi, Daun Di atas Bantal

Dan tidak lupa juga kalau boleh bahagian penapisan dan juga orang-orang politik pula janganlah industri hiburan pun kerapkali nak masuk campur. Kami berikan satu contoh video di bawah, anda tonton dan perhatikan sehingga habis untuk dibuat perbandingan :

Agak-agak andalah gelagat & pertunjukkan seperti video di atas ini dibenarkan atau tidak di Malaysia?

  • Filem-filem Amerika tiada masalah dengan filem seperti Nixon contohnya walaupun menyentuh tentang kesalahan Presiden parti Republican
  • Sekarang ini pun ada siri Kennedy yang menceritakan kisah John Kennedy semaada baik dan buruk atau salahlaku presiden yang mati kena tembak itu diceritakan semula tanpa selindung
  • Filem Fahrenheit 9/11, tidak disukai oleh kerajaan pimpinan Bush tetapi tetap dibenarkan atas sebab kebebasan berkarya kerana ramai sebenarnya yang ada pendirian anti perang dan tidak menyokong Bush dan kuncu-kuncunya berperang dengan Iraq dan Afghanistan.
  • Malaysia, boleh?

Pertunjukkan seperti video di atas dibuat di sebuah negara maju, memerli/mengajuk cara presiden Amerika di depan si empunya diri. Adakah “lingkup” masa depan politik George W Bush selepas itu? Tidak sama sekali, beliau berjaya juga hantar askar Amerika ke Iraq dan Afghanistan malah dapat 2 penggal lagi menyambung tugasannya sebagai presiden.

Bukan itu budaya yang kami mahu diterapkan di Malaysia, tetapi realitinya di Malaysia terlalu banyak yang perlu ditakuti dan terasa terancam sehingga terbinanya pelbagai undang-undang dan kekangan.

Kadang-kadang kami terasa pelik apabila filem Malaysia yang ada adegan melibatkan adegan yang sebenarnya lebih berbahaya termausklah peluk sesama sendiri walaupun bukan mahram, berpakaian separuh bogel, dan ditunjukkan aksi liar dalam filem masih lagi “mendapat restu” daripada pihak yang menjadi tukang cop “halal” atau “haram” sebelum membenarkan sesuatu filem ditayangkan tetapi tidak akan berkompromi jika filem tersebut mengancam kepentingan sesuatu individu yang berpentingan ataupun kumpulan, seperti yang terjadi kepada filem ………… yang pernah diharamkan kerana ……………….

Nah…disinilah juga letaknya halangan terbesar dalam industri perfileman Malaysia. Idea kreatif tidak boleh berkembang dengan pesat disebabkan banyak kengkangan, banyak perkara boleh jadi isu yang sensitif. Kekangan politik yang menyebabkan :

  • Ramai pengarah yang dipaksa “simpan kuku”
  • Ramai produser yang beku
  • Hasilnya…terpaksalah penonton menghadap filem-filem yang layu.

Walaubagaimanapun, kami juga bersetuju jika ada yang mengatakan….

“Sekatan sepatutnya mencambahkan kreativiti, bukan membantutkan”

jafar Panahi Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Ya memang benar, sekali tetapi “kebebasan bersuara/berkarya” itu merupakan faktor utama untuk menjayakan pembikinan sebarang bentuk hasil seni. Itu sebablah kesenian sangat marak di negara-negara barat dibandingkan dengan negara-negara komunis. Jadi untuk untuk bertahan di tengah-tengah kekangan yang kuat memerlukan “orang-orang yang super genius” seperti pengarah Jaafar Panahi yang berjaya menang banyak anugerah antarabangsa. Sekarang ini beliau sedang merengkok dalam penjara.

Sepatutnya, bagi kami di Malaysia kekangan harus dibuat terhadap filem tahyul yang dilihat membodohkan masyarakat Malaysia hari ini. Sebaliknya kita kena lebih bersifat terbuka kepada perkara-perkara yang sebelum ini dianggap sensitif sedangkan hakikatnya ia membina kematangan generasi baru berfikir, melihat sesuatu kejadian atau sejarah dengan lebih tepat untuk generasi baru mengambil iktibar daripadanya.

Kita tidaklah sehingga mahu meniru bulat-bulat sikap keterbukaan melampau pengeluar filem dan pengarah di Amerika,

“Kalau penonton tidak suka yang berat, buatlah filem yang ringan. Filem yang ringan tidak semestinya tidak bagus.”

Jika pengarah filem berminat “mendidik” penonton dengan menghasilkan lebih banyak filem Malaysia yang bermanfaat, insyaallah penonton akan terbiasa juga akhirnya…

P/s : Apa pendapat anda dengan tahap filem Malaysia hari ini? Mengapa? Mungkin ada saranan dan cadangan daripada anda yang mana mahu melihat industri perfileman setiasa berada di landasan yang betul?

Tiada ulasan: